Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 9, 2023 @ 3:52pm

Sanggup Tunggu 2 Tahun, Nabila Huda Dedah Orang Pertama Ajak Suami Kahwin – “Saya Tak Kira Dia Nak Atau Tidak…”

Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi orang pertama yang memulakan ‘lamaran’ untuk berkahwin dengan suaminya, Mohd Izwan Johar sewaktu awal mengenalinya.

Menerusi satu temubual bersama radio Kool 101, Nabila atau lebih mesra disapa Abil memberitahu Izwan tidak berminat untuk berkenalan dengannya kerana dia seorang selebriti.

“Sebenarnya, waktu kenal dengan suami, dia ini bukannya suka saya pun. Dia cakap dengan saya, dia tak minat lebih-lebih lagi saya pula seorang selebriti.

“Tetapi saya tak putus asa, saya tetap mendekati dia. Saya berkawan dan berkenalan dahulu kemudian, saya bawa dia berjumpa dengan anak saya,” katanya.

Menurutnya, layanan Izwan yang sangat baik terhadap anak perempuannya, Keisha membuatkan Abil makin tertarik kepadanya.

“Bila kita bergelar ibu tunggal, perkara yang paling penting adalah sama ada lelaki pilihan kita itu boleh terima anak kita atau tidak. Kalau tak boleh terima, dia boleh pergi dari hidup saya.

“Jadi, saya lihat dahulu bagaimana reaksi mereka. Bila dia datang berjumpa Keisha yang susah nak rapat dengan orang, saya nampak Keisha jatuh cinta terus.

“Melihat cara dia pegang Keisha, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak dan senang rapat dengan budak-budak. Terus saya jadi jatuh cinta dengan dia terus pada ketika itu,” jelasnya.

Perkara tersebut juga membuatkan dirinya nekad untuk menjadikan Izwan sebagai suami meskipun terpaksa menunggu selama dua tahun.

“Saya cakap dalam diri yang lelaki ini mesti kena jadi suami aku. Saya tak kira dia nak atau tidak, saya akan cuba sampai dapat. Saya akan cari mak bapak dia dan cari tahu kampung dia di mana.

“Selepas itu, saya bertanya kepada dia, bila dia nak kahwin dan dia jawab lagi dua tahun. Jadi, saya bagitahu yang saya akan tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Ye betul saya gila.

“Kemudian, saya tunggulah dia. Selepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh dan tempat nikah. Lalu, kami berkahwin. Semasa berkahwin barulah kami bercinta,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pernah hamil sebanyak dua kali namun mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Hasil perkahwinan pertama bersama Zaidy Zailani pada 2008, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 May 2022
Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Featured Mon, 5 Dec 2022

[VIDEO] Disyaki Jarang Masak Gara-Gara Dapur Sentiasa Bersih, Siti Elizad Kongsi Bukti Suami Rajin Mengemas – “Peneman Hidup, Walaupun..”

Bahagianya seorang wanita bila dapat suami yang rajin membantu. Isteri penat memasak, suami tolong kemas. Loveeee couple ni! ☺️☺️

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Suara Fattah Amin Bukan Tenggelam, Dia Nak Harmony Je” – Amira Othman

Fattah sendiri memilih untuk tidak menyanyikan melodi utama

Trending Wed, 23 May 2018

Harga Minyak Kekal!

Berita baik! Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol ketika ini, meskipun harga minyak mentah global meningkat.

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Tiada Istilah ‘Sailang’ Johan & Fizi, Anggap Ia Satu Persaingan Sihat…” – Nazri Noran

Kemunculan dua penyampai radio terkenal dalam radio Hot FM berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak

Hiburan Tue, 12 Sep 2023

Selepas Filem Nota, Pasangan Suami Isteri Hasilkan magiK

Yasu & Bea Tanaka tampil dengan magiK!

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Suami Boleh Faham, Ifa Raziah Pelik Orang Luar Yang Lebih ‘Over’

Foto Datuk Boy Iman merangkul erat pinggang penyanyi Ifa Raziah menjadi topik hangat sejak dimuat turun beberapa hari lepas.

error: Content is protected !!