Euforia Bola 2026
#LaguXTRA By: Syamir Shafie October 9, 2023 @ 9:22pm

Jadi OST Drama Bersiri Luruhnya Bunga Cinta, Syamel Pertaruhkan Single Belakang Tabir

Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly pertaruhkan single terbaharunya ‘Belakang Tabir’ istimewa buat peminat setianya. Single Belakang Tabir telahpun berada di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Single terbaharu ini merupakan hasil sentuhan sepenuhnya oleh Syamel sendiri, dimana beliau juga merupakan penulis lirik dan komposer. Lirik lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam sehingga dipilih sebagai lagu runut bunyi bagi drama Luruhnya Bunga Cinta. Drama Luruhnya Bunga Cinta merupakan sebuah drama bersiri di TV3, slot Akasia yang telah pun mula bersiaran pada 19 September 2023 yang lalu. Anda boleh menonton drama yang dibintangi oleh Tracie Sinidol, Redza Rosli dan Aniq Anuar ini secara HD hanya di Tonton.

Syamel yang juga merupakan bapa kepada cahaya mata comel bernama Nur Khawla Soleha sangat bertuah kerana kerjayanya dalam bidang muzik sentiasa mendapat sokongan tanpa berbelah bahagi daripada isteri tercinta, Ernie Zakri. Gabungan kedua-dua mereka inilah yang membuatkan Syamel semakin bersemangat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menusuk kalbu.

Menurut Syamel “Lagu ini saya tujukan khas buat pendengar terutamanya peminat saya yang sentiasa memberi sokongan kepada perjalanan muzik saya dari dahulu hingga kini. Inilah hadiah saya kepada mereka dan moga lagu ini menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Perkongsian saya adalah menerusi muzik dan lirik lagu ini menceritakan mengenai pentingnya mempunyai sahabat atau pasangan yang sentiasa berada disisi kita dan memberi sokongan kepada kita tidak kira di mana sahaja mereka berada, walaupun sekadar di belakang tabir.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Muzik untuk lagu Belakang Tabir di susun oleh Aubrey Suwito dan ianya menampilkan melodi yang indah dan susunan muzik yang memukau, mencipta suasana yang membuatkan seseorang boleh berfikir secara optimis.

Sudah tentu lagu ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar setianya. Apatah lagi lagu ini akan mewarnai drama bersiri ‘Luruhnya Bunga Cinta’ di TV3 dan Tonton. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Belakang Tabir’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Syamel menerusi Instagram: @syamel_official Tiktok: @syamel_official , Facebook: @Syameel Aqmal (syem).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tepati Ramalan Ramai, HARAM Dinobatkan Sebagai Juara Lagu 2018

Tahniah kepada semua pemenang. Jumpa lagi di AJL musim depan!

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 7 Jul 2025

Didakwa Ada ‘Baby Bump’, Marsha Milan Nafi Hamil

Makan banyak, Marsha Milan tak mengandung

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Tidak Saya?’…Delimawati Akhirnya Buka Mulut

Saya sahut cabaran diri demi peminat untuk lakukan hal yang saya tidak pernah lakukan.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

《笑笑力量大》造势活动本周日迎最终场次!

自去年底开跑至今获得民众热烈反应,一连几周的6站活动共吸引了上千民众出席;而本周日将迎来最终场次,再次「回到」武吉加里尔国家体育场。

error: Content is protected !!