Featured By: Aqilah Paharuzi October 10, 2023 @ 8:19pm

“Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

Penyanyi kegemaran ramai, Aina Abdul dan bintang terkenal, Ernie Zakri acap kali menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila mereka bertanding dalam anugerah.

Dua nama selebriti popular ini tidak asing lagi mempunyai tahap vokal bertaraf antarabangsa, namun begitu nama mereka sering dibandingkan oleh segelintir peminat muzik.

Malah, ramai yang menganggap Aina dan Ernie saling bersaing antara mereka sehingga rata-rata netizen memberi respons toksik di media sosial.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, Aina menjelaskan kritikan negatif netizen itu sama sekali tidak menjejaskan hubungannya bersama Ernie sebagai rakan baik dalam industri.

Jelas pelantun lagu Sepi ini, Aina berkata dia amat mengenali sikap Ainations (kelab peminat) yang sebenar di mana mereka tidak akan bercakap buruk sehingga mencalarkan imej seorang figura ‘Aina Abdul’.

Aina Abdul, Ernie Zakri best gym buddies!

“Satu komen tak akan memberi kesan kepada apa-apa perkara.. Saya dan Ernie kami masih ‘best buddies’.

“Kita pergi gym pun sama-sama jadi tak ada istilah kami ini bersaing sesama sendiri.

“Walaupun ada yang memberikan komen buruk tentang saya dan Ernie, tetapi saya tak mahu claim dia adalah peminat saya, ataupun peminat sesiapa.

“Saya tahu fans saya, sekiranya benar yang berkata-kata di media sosial ini memang peminat tegar Aina Abdul saya yakin mereka tak akan berkata buruk seperti itu. Saya akan tetap pertahankan peminat saya,” ujarnya ketika dihubungi XTRA.

Aina Abdul

Tambah Penyanyi Wanita Popular Anugerah Berita Harian (ABPBH) ke-35 ini, Aina berharap orang ramai akan berhenti menyakiti Ernie dan keluarganya.

“Come meet me and Ernie.. We are very cool. Saya harap sangat tolong jangan cakap sebarang perkara yang boleh melukakan hati Ernie, keluarganya.

“Saya tak nak ada masalah dengan sesiapa pun, saya mahukan persaingan yang menyeronokkan. Industri yang meriah.

“Kalau nak tahu, saya dan Ernie setiap kali kami berjumpa tak pernah pun sekali kami bercakap tentang industri, ataupun mengenai pemiinat kami.

“We enjoy our food so much! Banyak girls talk, coffee talk,” akhirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sebelum ini, nama Aina dan Ernie hangat menjadi perbualan ramai di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi.

Artikel Berkaitan:Ā Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain ā€“ ā€œRasa Gempak Ke?ā€

Artikel Berkaitan:Ā Peminat Bandingkan Dengan Selebriti Lain, Aina Abdul Nasihat Ainations ā€“ ā€œKalau Betul Sayang Saya, Jangan Cakap Buruk Tentangā€¦ā€

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Events Wed, 15 Jun 2022
Trending Sun, 12 May 2019

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah Ketika Rakan-Rakan Selamatkan Diri

Featured Tue, 1 Nov 2022

Dr. Amalina Tak Pakai Bengkung Lepas Bersalin – “Boleh Memudaratkan Kesihatan”Ā 

Tapi ramai kan yang suka pakai bengkung? Rupa rupanya tak elok untuk kesihatan

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Susah Bernafas, Pian Cecupak Dikejarkan Ke HKL

Sama-sama kita doakan agar Pian kembali sembuh seperti sedia kala. Cepat sihat, Insya Allah!

Trending Wed, 8 Jul 2020
Featured Fri, 6 Jan 2023

Athisha Khan Berpurdah, Noor Kartini Terkejut Ingatkan Neelofa.. Netizen Komen: “Takkan Tak Kenal Anak Sendiri?”

Tular sebuah video memaparkan Datin Noor Kartini, ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa yang terkeliru apabila salah seorang anaknya, Athisha Khan tampil mengenakan purdah. @cikketayapmadu Hahahaha comey Mak Neelofa ni berlakon šŸ˜‚ā¤ļø Athisha lawa pakai jilbab […]

Events Wed, 6 Mar 2019

Ammar Dan Achey Bawa Pulang RM10K?

Syabas buat gandingan double A ini!

Featured Wed, 4 Jan 2023

Isma Sane Lebih ā€˜Feelā€™ Bawa Derita Versi Piano & String

Versi piano dan string ni lagi sedih min dengar