Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 11, 2023 @ 8:55pm

Amanda Amry Luah Impian Bertemu Jejaka Idaman Menerusi ‘Sang Pangeran’

Seorang pelakon, model dan pencipta kandungan media sosial (content creator), Amanda Amry, 20 tahun melancarkan single sulungnya yang berjudul ‘Sang Pangeran’. Nama panggilan yang manis, Amanda juga telah mula menceburi dunia model sejak usia 5 tahun, malah telah membuat penampilan sulung di skrin menerusi klip video lagu ‘Sayangi Dirimu’ oleh Nur Fazura ketika berusia 12 tahun. Sejak itu, Amanda aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi dalam satu drama ‘Kau Cipta Kasih’ bersama pelakon utama yang lain seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, dan Fify Azmi.

Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan permodelan, Amanda juga turut berminat dalam bidang nyanyian. Pada awalnya, Amanda membuat kandungan sosial media (content social media) sehingga telah dilamar oleh pihak Sony Music Malaysia. Hasil dari minatnya dalam bidang nyanyian kini menglancarkan single pertamanya yang bertajuk Sang Pangeran pada tahun ini.

Single sulungnya yang bertajuk ‘Sang Pangeran’ (Bahasa Minangkabau) mengisahkan tentang impian untuk memiliki seorang Putera atau dalam konteks Amanda, lelaki idaman dan pasangan impian yang harus dimiliki.

“Saya sejak kecil sering mempunyai angan-angan untuk berkahwin dengan anak raja, namum perkara ini tidak bergitu tekad dan hanya sekadar mimpi di siang hari. Apabila menerima lagu ini seolah-olah mimpi menjadi kenyataan biarpun bukan memiliki putera raja malah dapat berkongsi angan-angan ini kepada orang ramai ia sangat membuatkan saya rasa teruja.” Kata Amanda dengan senyumannya yang manis.

Amanda juga menjelaskan bahawa lagu ini boleh dikaitankan dengan dirinya yang mempunyai angan-angan memiliki anak raja. Walau bagaimanapun, ia hanyalah angan kosong ketika Amanda masih kecil yang mungkin terpengaruh dengan cerita dongeng dan kisah drama atau filem.

Selain itu, lagu ini dihasilkan oleh Akram Kadir dari kumpulan muzik yang popular di tanah air iaitu Floor 88. Akram Kadir seolah-olah tahu tentang angan Amanda dalam menghasilkan lagu ini. Serta melodi dan susunan lagu Sang Pangeran ini juga telah dihasilkan mengikut tren zaman sekarang.

“Saya telah mencipta lagu ‘Sang Pangeran’ khas untuk Amanda Amry kerana saya melihat potensi yang tinggi dalam dia untuk menyampaikan lagu ini dengan baik. Saya sangat teruja dalam menghasilkan lagu ini kerana saya bekerjasama dengan seorang pemuzik terkenal dari Indonesia,Rakam Drum. Walaupun kami hanya berkomunikasi melalui atas talian tapi ia bukan penghalang bagi saya. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan lagu ini dalam tempoh yang ditetapkan.” Kata Akram apabila ditanya tentang lagu ‘Sang Pangeran’.

Hasil daripada hubungan itu tercipta tajuk lagu ‘Sang Pangeran’ yang berasal daripada bahasa Indonesia yang bermakna ‘Putera’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The ONLY Amanda Amry (@amandaamry)

Amanda juga menjelaskan tentang cabaran dalam lagu ini seperti perasaan yang gementar ketika dalam menghasilkan lagu ini dan takut akan penerimaan orang ramai terhadap lagu ini. Nanum itu bukan penghalang untuk Amanda dalam menghasilkan lagu Sang Pangeran dan ia merupakan penguat semangat dalam meluaskan lagi karya yang bakal memberi impak yang positif pada orang ramai pada masa akan datang.

“Secara jujurnya memang ada perasaan gementar, jika lagu ini tidak dapat diterima oleh orang ramai. Malah itu bukan penghalang bagi saya kerana dari situ kita mengambil peluang untuk meningkatkan lagi mutu dalam karya yang akan datang.” Amanda berkata dengan nada yang tenang dan bersemangat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The ONLY Amanda Amry (@amandaamry)

Lagu ‘Sang Pangeran’ dirangka untuk memenuhi permintaan dan citarasa orang sekarang, dengan irama yang cathy dan mudah didengar. Amanda amat berharap agar lagu ini diterima dengan baik oleh pendengar, serta dapat dijadikan permulaan peringkat pengenalan dengan semua orang. Dengan lirik yang menyentuh hati dan melodi yang sedap didengar, ‘Sang Pangeran’ berpotensi menjadi satu lagu yang diingati dan membuatkan orang ramai tersenyum.

Lagu ‘Sang Pangeran’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Featured Fri, 20 Aug 2021

Daiyan Trisha Penat Dengan Situasi Semasa, Jawab Spekulasi Cinta Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya turut berdepan dengan situasi ‘penat’ mental dan emosi sepanjang wabak melanda. Daiyan mendedahkan cabaran sebagai anak seni yang terpaksa dihadapi dalam situasi pandemik. “Kalau dulu Daiyan boleh […]

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Siapa gadis di sebalik kisah lagu Zaim Ajmal?

Artis baru di bawah naungan Universal Musik Malaysia iaitu Zaim Ajmal memulakan lembaran  baru dalam hidup beliau apabila menandatangani kontrak bersama syarikat muzik rakaman terkenal terseb

Hiburan Thu, 27 Nov 2025

Raja Azura Pasang Iklan Cari Bekas Suami, Minta Hadir Mahkamah Selesaikan Isu Nafkah Anak-Anak

Raja Azura menjelaskan langkah itu diambil selepas bekas suami masih enggan beri kerjasama

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Syoknya Street Racing?

Street racing biasanya dijalankan di atas jalan raya, pinggir bandar dan juga di atas lebuhraya. Contohnya, perlumbaan street racing dapat dilihat dalam filem Fast & Furious dan Need For Speed.

error: Content is protected !!