Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 13, 2023 @ 12:00pm

[VIDEO] Individu Sedih Ramai Buat Muka ‘Gersang’ Guna Lagu Nirmala Sampai Trending Di TikTok – “Lagu Ni Berkenaan Saidatina Aisyah”

Tular baru-baru ini di media sosial apabila lagu Nirmala nyanyian penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menjadi bualan ramai sehingga menjadi trend video di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila trend menggunakan lagu tersebut disalah erti tanpa mengetahui makna disebalik lagu tersebut.

Lagu ciptaan oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain atau dikenali Pak Ngah dengan Che’ Kem sebagai penulis lirik itu menceritakan  kisah benar yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. iaitu kisah yang dikenali sebagai “Hadith al-Ifk“.

“Nirmala maksudnya tidak ternoda, suci tapi apa yang kelihatan ‘kepinding keparat’ trend ni orang buat muka gersang minta maki.

“Lagu ini berkenaan Saidatina Aisyah, difitnah berdua-duaan dengan Safwan sahabat Rasulullah.

“‘Tangis bagai gerimis’ bermaksud Aisyah menangis kerana difitnah. ‘Hati bak tasik pedih’ Aisyah menyembunyi tangisan, kelihatan seperti air tasik yang tenang.

“Cuba cari hakikat temukan azimat’ membawa maksud Aisyah bertunjang agama dan bertemu kekuatan dan dek kerana peristiwa ini Rasulullah buntu panggil Usamah dan Ali, tapi masih belum jumpa penyelesaian.

“Dan akhirnya turun wahyu dari Tuhan. Ayat Al-Quran nafikan segala adu domba.

“Sesungguhnya orang yang bawa berita dusta itu ‘ialah dari kalangan kamu’, antara petikan dalam surah An-Nur ayat 11. Inilah maksud sebalik lagu Nirmala,” dedahnya.

Malah individu tersebut turut bersedih dengan trend tersebut yang disalah erti ramai.

“Bila tengok orang buat trend muka gersang atas kisah isteri Rasulullah Aisyah difitnah, saya rasa sedih sangat.

“‘Minum terasa duri, makan terasa sekam’ apabila memikirkan,” luahnya.

Terdahulu, lagu Nirmala kembali menjadi siulan ramai di TikTok apabila dijadikan trend dengan aksi-aksi tarian yang meresahkan.

Untuk info, Nirmala pernah merangkul trofi Juara Kategori bagi Irama Malaysia dan Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-17.

Malah, Nirmala juga antara karya teragung yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Pak Ngah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penampilan Siti Nurhaliza Pakai Busana Tradisional Masyarakat India Curi Tumpuan, Peminat Cakap Kalah Artis Bollywood

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Featured Fri, 26 Apr 2024
Featured Sun, 26 Sep 2021

Penerima BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Terima Bayaran Terus Mulai Selasa Ini

Penerima BPR fasa 3 dan pemohon rayuan BPR bakal menerima pembayaran kredit secara terus ke akaun masing masing mulai Selasa ini. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai […]

Contest Fri, 29 Mar 2019

#xtraGiveaway: Here are the Winners for Disney On Ice!

Congratulations to all the winners!

Events Sun, 13 Jan 2019

演唱会零冷场!张韶涵不惧高海拔「用生命」飙高音

距离上次的《纯粹》巡演仅半年时间,Angela张韶涵又展开了新的巡演!首次登上云顶舞台的她,完全没有被高达1865公尺的海拔影响,从第一首到最后一首歌都在「用生命」飙高音演唱。

error: Content is protected !!