Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 15, 2023 @ 4:40pm

“Saya Tak Pernah Mengemis! ”- To’ki Beri Respons Isu Dituduh ‘Amuk’ & Keras Kepala

“Saya mesti protect keluarga saya, mak mentua saya yang dekat dua tahun ni strok kemudian isteri, jadi kalau siang malam datang nak halau saya hingga membabitkan enam ke lapan orang ni macam mana?’.

Demikian respons penyanyi popular sekitar 80-an To’ki selepas dakwaan yang mengatakan dia amuk sehingga mengeluarkan parang dan bertindak keras kepala kerana enggan membayar sewa rumah.

Menurut To’ki atau nama penuhnya, Mohd Zaki Mansur, 58,  dia bertindak mengeluarkan parang dek kerana mahu melindungi keluarganya.

Ini kerana, pemilik rumah sewa berkenaan datang dengan ditemani oleh ramai orang yang menuntut sewa tertunggak kepadanya.

“Setiap manusia mesti ada jatuh bangunnya. Ketika semua orang tahu penyanyi tak bayar sewa rumah sebelum ni kan bayar? Cuma dua bulan terkahir ni tak bayar.

“Saya jaga mentua  dengan keadaan ekonomi saya, bukan tak nak bayar cuma salahnya kerana emosi bila pukul 12 malam datang rumah bawa orang ramai dengan perkataan ‘pengemis’. Kenapa sampai orang cakap macam tu?

“Saya mesti protect keluarga saya, mak mentua saya yang dekat dua tahun ni strok kemudian isteri, jadi kalau siang malam datang nak halau saya hingga melibatkan enam orang, lapan orang ni macam mana?

“Pukul 4 pagi pernah telefon, WhatsApp ugut dan menghina. Siap kata, kalau saya  lambat bayar saya akan diviralkan. Jadi, untuk protect diri saya, saya cuma ambil parang,” katanya ketika ditemu bual program Melodi baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, Tuan Rumah Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Bertegas Tak Mahu Keluar Dari Kediaman, Penyanyi Popular 90-an ‘Serang’ Tuan Rumah Dengan Parang

Selain itu, pelantun lagu Biasan ini menafikan dakwaan kononnya bil elektrik rumah sewanya mencecah sehingga RM6,000.

“Benda ni dah confuse saya. Dalam satu portal ada tulis bil elektrik RM6,000 mana ada… Kalau bil tinggi patut dah potong tau tapi ni saya dah sambungkan balik. 

“Namun, dia mengakui bil elektrik melambung tinggi kerana penggunaan pendingin hawa. Tapi bila ada dakwaan saya tak bayar bil elektrik RM6,000 itu tidak benar,” jelasnya.

Dalam pada itu, To’ki juga menyifatkan gelaran ‘pengemis’ yang diberikan kepadanya sangat melampau dan tidak sepatutnya berlaku memandangkan dia kini masih mempunyai pekerjaan.

“Selain menyanyi, saya ada diberi share sikit dalam satu restoran City The Legend dekat Cheng Melaka. Tapi kalau ikutkan saya ni kerja untuk hari ni berapa je, kais pagi makan pagi, kain petang makan petang. Lagu berlambak tak boleh jual sebab macam mana nak makan.

“Saya tak tahu apa masalah manusia ni. Saya dah banyak kali cuba buat baik tapi dia tak suka dengan saya. Sedihlah! Kami ni manusia biasa, kita bukan anak orang kaya jadi kita cuma orang seni yang biasa jadi saya dah tension.

“Dengan isteri dan anak saya yang masih belajar tingkatan lima belajar di universiti jadi banyak pakai duit jugalah. Dengan jaga mak mentua lepastu job pula kurang walaupun saya ni susah saya tidak berhutang dengan orang dan tidak pernah mengemis dengan orang.

“Yang saya tahu, saya buat kerja dan saya dapat duit. Untuk meminta-minta kepada kawan tak ada, hutang pun tak ada lagi nak meminta-minta.

“Apapun saya bersyukur Majlis Agam Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pun dan bantu abang dan mereka concern Alhamdulillah. Semua ni ada hikmahnya walaupun dimalukan sebegini. Sebab bila orang aniaya, Allah nak angkat darjat kita,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Aug 2025
OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

首韩团BTS帅踏《2017全美音乐奖》红毯

《2017全美音乐奖》20日(当地时间19日)在美国洛杉矶举行,然而除了欧美歌手齐聚一堂外,另一焦点就是来自韩国的防弹少年团(BTS)将以表演嘉宾的身份出席,也是韩团的第一人。

Featured Sat, 2 Apr 2022

Terpanggil Menjayakan Misi Kemanusiaan Di Lubnan, Anuar Zain Persiap Mental & Emosi

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan 🤍❤️

error: Content is protected !!