Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 19, 2023 @ 8:15pm

Wow! Ramai Terkejut Tengok Penampilan Terkini Hafiz Suip, Ada Juga Yang Kritik – “Apa Dah Jadi Ni?”

Nama penyanyi bersuara lunak Hafiz Suip kembali menjadi sebutan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafiz memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya.

Namun, apa yang yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu sangat berbeza dari sebelum ini.

Manakan tidak, imej terbaharu Hafiz itu mempamerkan dia kini berambut berwarna hijau. Sungguh berbeza daripada kebiasaan!

“Definisi bapak kau hijau,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyambut baik penampilan Hafiz itu. Malah mengatakan sungguh stail seperti pelakon antarabangsa, Mackenyu Arata yang memegang watak Roronoa Zoro dalam drama One Piece.

“Roronoa hafiz,” komen netizen.

“Zoro darkweb,” seloroh seorang netizen.

“Macam Zoro lah,” kata seorang netizen.

“Apa nak jadi ni?,” soal seorang individu.

Namun, disebalik komen-komen tersebut, ada juga netizen yang tampil mengkritik imej terbaharu bapa kepada dua cahaya mata itu.

Kritik seorang netizen, dia mempersoalkan adakah imej Hafiz itu mencerminkan seorang yang bukan Muslim.

“Rambut hijau style kafir ke?,” komen seorang individu.

Terdahulu, nama Hafiz menjadi perhatian ramai apabila terpalit dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai keadaan terkini susulan fizikal tubuhnya yang semakin susut.

Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Masih Aktif Menyanyi, Dedah Punca Tubuh Semakin Susut – “Saya Turun Berat Badan Sebab…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Jul 2024

Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Moga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk pasangan ini😎✌️

Trending Tue, 16 Apr 2019

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Sekali-sekala bergaya seperti pengantin, apa salahnya?

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Isteri Qi Razali Kini Hamil Lima Bulan

Rata-rata netizen tertumpu kepada ‘baby bump’ Wardah yang sudah membesar

Featured Tue, 20 Dec 2022

Comel! Pujukan Anak Izara Aishah Curi Tumpuan – “Mama Please, Please Mama!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang menunjukkan pelakon Izara Aishah sedang merakam gelagat anak sulung, Irisa Alaia yang sedang merayu. Menerusi hantaran tersebut, Irisa sedang memujuk Izara menggunakan suara yang comel. “Mama please, please. I […]

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
error: Content is protected !!