Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 16, 2023 @ 8:16am

“Bagi Laluan Orang Is Shaking Buat Kerja Dengan Selesa” – Elly Mazlein Dedah Ada Pihak Tak Senang Keputusan Tarik Diri Jadi Pengacara?

Baru-baru ini penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi pengacara sebuah program nyanyian.

Terkini, timbul tanda tanya apabila dia memuat naik kenyataan seakan ada individu yang mempersoalkan tindakannya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Kak Lina menyatakan niatnya tarik diri adalah untuk memberi peluang kepada orang lain.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita, sebab apa? Sebab niat kita baik untuk memberi laluan kepada orang yang shaking buat kerja dengan lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah dah susun baik-baik untuk kita semua,” ujarnya.

Selain itu, dia memilih ‘mengalah’ untuk berasa lebih tenang dan bahagia.

Tambah Kak Lina lagi, ada pihak yang tidak senang dan mempersoalkan keputusannya itu.

“Mengalah tak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia.

“Kita dah elok-elok senyap, member pulak mengelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia dunia,” katanya.

Pada masa sama, dia turut meninggalkan pesan kepada individu tersebut supaya tidak sombong dan menghukum orang lain untuk nampak diri baik.

“Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik. Makin serlah kelucuan ni haaa. Ni baru nama lucu. Takde la lucu stereotype dulu kini dan selamanya.

“Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dikkk. Ingat asal usul,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Mila Mohsin Komen Isu ‘Nepo Baby’, Dedah Jalani Uji Bakat Sebelum Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang

Mila Mohsin menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘nepo baby’ selepas diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Events Wed, 17 Oct 2018

Wanna Learn Sign Language? Here’s Dates for Some Upcoming Classes

It’s a good language to add to our list of expertise.

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Rita Rudaini Terima Ajakan Keluar Dengan Lelaki Muda

Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar dan ada yang ingin melamar saya sebagai pasangan hidup

Hiburan Sun, 16 Mar 2025

Masih Cari Calon Isteri, Nadhir Nasar Tertarik Wanita Asal Kelantan – “Mereka Ada Aura, Pandai Memasak”

Menurut Nadhir Nasar, wanita Kelantan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
error: Content is protected !!