Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 16, 2023 @ 5:06pm

Famili Duo 3: Komedi Atas Pentas Curi Hati Penonton, Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Duo Terbaik!

Pasangan duo adik-beradik, Sharif dan Syaiful Zero dinobatkan juara Duo Terbaik minggu pertama.

Menurut Sharif, mereka tidak menjangkakan kemenangan ini memandangkan peserta-peserta lain terdiri daripada penyanyi profesional.

“Sebenarnya kita tak expect dinobatkan sebagai juara mingguan untuk minggu pertama dan kami adalah duo yang dirahsiakan lepastu malam ni pula menang.

“Jadi, saya rasa satu kepuasan bagi kami dan kami tiada niat untuk bertanding hanya untuk menghiburkan semua orang yang mengikuti Famili Duo,” katanya.

Sementara itu, mereka bercadang untuk mendermakan wang kemenangan mereka kepada tabung mangsa perang Palestin.

“Terdetik dalam hati kami, andai kata kami menang, kami nak beri wang RM10,000 itu kepada saudara-saudara kita di Palestin yang terkesan akibat perang,” ujarnya.

Kata Sharif, mereka melihat pentas Famili Duo 3 sebagai satu pentas yang serius untuk mempertengahkan bakat nyanyian dan tidak mahu dibayangi imej pelawak.

“Sebenarnya kami tak buat kelakar pun. Tapi menerusi video ‘playback’ komedi yang akan dimainkan sebelum itu terbawa semasa persembahan.

“Kami ada kerisauan untuk minggu-minggu kedepan macam mana nak carry sebab juri tak mahu yang terlalu komedi dan mahukan yang serius.

“Jadi Insya-Allah akan datang kami akan take note perkara itu,” jelasnya.

Persembahan medley lagu Ikan Dalam Kolam, Kopi Dangdut dan Ser Ser Ser membuahkan hasil dan mencuri perhatian juri sekali gus menempatkan mereka di tempat pertama pada minggu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 May 2018

Lagu-lagu R Kelly Kena Boikot?

Muzik Kelly masih boleh didapati menerusi perkhidmatan itu tetapi keputusan untuk mengeluarkannya dari senarai lagu bermakna ia tidak akan dipromosi.

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Events Wed, 31 Oct 2018

Is IKEA Also Joining in on the 11.11 Sale Hype?

Seems like it’s time to go furniture shopping soon!

Featured Wed, 13 Sep 2023

“Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Masuk habuk pula mata min ni 😭 Kasih sayang seorang ibu sampai syurga ❤️

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kenapa Yuna Berpisah Dengan Suami?

Dalam satu kiriman yang dikongsi suami Yuna, Adam meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap isterinya. Gambar yang dikongsi Adam menunjukkan kemesraan mereka beserta caption yang romantis. So sweet!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Kalau Ada Yang Ganggu, Aku Terpaksa Jadi Tegas” – Pengawal Peribadi Utamakan Keselamatan Fazura

Shahaszrin berkata dia tidak menghiraukan segala kritikan terhadap Fazura, paling utama adalah keselamatan selebriti itu

Featured Wed, 10 Sep 2025
error: Content is protected !!