Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 17, 2023 @ 6:16pm

Nurul Shuhada Dituduh Tak ‘Move On’ Gara-Gara Kongsi Foto Lama Dengan Hafidz Roshdi, Ini Penjelasan Empunya Badan

Bekas isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kembali menjadi perhatian apabila muat naiknya di Instagram (IG) baru-baru ini, dikecam warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuhada memuat naik sebuah perkongsian video yang bertujuan untuk mempromosi sebuah produk kurus.

Namun, apa yang membuat netizen kurang senang adalah video tersebut turut memaparkan foto lama dipercayai Hafidz mendukung Shuhada, namun wajah jejaka tersebut ditutup dengan emoji.

Ternyata, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dimana rata-rata netizen mempersoalkan mengapakah ibu kepada dua cahaya mata ini perlu memuat naik foto lelaki tersebut.

Lebih panas ada juga yang mendakwa Shuhada masih belum ‘move on’.

Namun, ada juga yang tampil mempertahankan dengan mengatakan gambar tersebut sekadar untuk menunjukkan fizikal Shuhada yang dahulu.

Tidak berdiam diri, Shuhada tampil memperjelaskan mengapa dia memuat naik gambar tersebut.

“Fokus pada lemak saya please,” komen Shuhada kepada netizen.

“Kalau tak nanti tak nampak lemak belakang badan tu, tiber nak ambil gambar belakang kan, so fokus dekat lemak, Insya-Allah,” balas Shuhada.

Terdahulu, nama Shuhada juga hangat diperkatakan apabila dikatakan memasak juadah kegemaran bekas suaminya serta dianggap masih tidak ‘move on’.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Mahkamah juga memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: “Blusher Tumpah Ke Sis?” – Solekan Dikritik, Jawapan Balas Nurul Shuhada Buat Netizen Terkedu!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Suka ‘Confident Level’ Nurul Shuhada Lepas Cerai, Tapi Ada Pula Yang Tegur Penampilan – “Dah Kurus Baju Ketat Pula”

ARTIKEL BERKAITAN: Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Elak Masak Sambal Sotong Selama 9 Bulan – “Ini Lauk Kegemaran Dia…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Kes Cium Eina Azman Tagih Perhatian Netizen

Cuma, apa yang penting artis kita haruslah mengambil iktibar atas kesilapan yang pernah dilakukan, bukan mengulangi kesilapan yang sama bukan?

Featured Thu, 22 Jun 2023
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

Ayu Damit Seronok Bercucuk Tanam Cili

Seronoknya berkongsi cerita tentang bercucuk tanam cili

Featured Wed, 19 Nov 2025

Rita Nadira Tayang Kekasih Hati – “Happy Birthday My Love”

Rita Nadira menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama teman istimewanya.

Hiburan Thu, 16 Apr 2026

MonoloQue Hidupkan Semula ‘Pujaan Hatiku’ Dalam Versi Lebih Intim

Versi terbaharu Pujaan Hatiku tampil dengan pendekatan berbeza apabila disusun secara minimalis.

Featured Thu, 17 Jul 2025

Lakukan Amang Seksual, Ustaz Selebriti Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa

Pihak polis telah menerima lapan laporan membabitkan individu terbabit.

Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

error: Content is protected !!