Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 18, 2023 @ 1:54pm

Isu Persenda Nama Bapa, Jihan Muse Mohon Maaf Kepada Azmi Saat – “Silap Saya Tak Peka & Sensitif”

Pengacara popular, Jihan Muse tampil memohon maaf kepada vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat susulan isu mempersendakan nama bapanya dalam sebuah program nyanyian di televisyen.

Jelas Jihan, dia telah memohon maaf secara peribadi kepada Azmi pada Isnin lalu malah dia menyatakan dia tidak berniat untuk mempermainkan nama bapa penyanyi itu.

Walaubagaimanapun, Jihan mengakui kesilapannya kerana tidak peka sehingga bertindak sedemikian.

“Assalamualaikum… mengenai isu segmen bersama @azmi_saat tempoh hari. Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin yang lalu. Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.

“Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun,” ujarnya.

Tambahnya, insiden ini menjadi pengajaran buatnya dan isu sebegitu tidak patut dinormalisasikan.

“Bagaiamanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.

“Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan. Semoga kami dapat Menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih,” ujarnya lagi.

Jihan Muse

Sebelum ini, Jihan dikritik ramai apabila dia dituduh mempersendakan nama bapa Azmi Saat ketika sedang bersiaran langsung di program tersebut.

Namun begitu, Azmi Saat turut tampil memberikan respons selepas kejadian itu dan menjelaskan dia tidak tersinggung dengan kelakuan Jihan.

Artikel Berkaitan: Nama Bapa Dijadikan Bahan Gurauan, Azmi Saat Akui Tak Tersinggung – “Jihan Ada Minta Maaf, Cuma Kena Belajar…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Wahh akhirnya terubat jugak rindu peminat nak tengok Gigi perform!

Featured Wed, 13 Aug 2025

“Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Tampil Pertahankan Diri

Ariz menafikan dakwaan bahawa dia mengamuk selepas Anna dibawa keluar dari kereta pacuan empat roda oleh peguamnya.

Events Thu, 9 Jan 2020

Kenapa Netizen Kecewa Dengan Noh Hujan?

Semoga apa yang berlaku dijadikan iktibar!

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Dah Bernikah Rupanya…

Tahniah Vanessa Angel!

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

萧敬腾「娱乐先生」世界巡演 7 月登入大马

「金曲歌王」萧敬腾确定今年 7 月来马开唱!

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ibu Sheila Mambo Meninggal Dunia, Al- Fatihah…

Pelakon berusia 56 tahun ini turut memohon agar Allah SWT menempatkan roh ibunya bersama golongan para syuhadah.

Featured Thu, 17 Jun 2021

Fasih Cakap Melayu & Bijak, Duta Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan Ramai

Ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan lockdown, negara Amerika Syarikat telah bertindak membantu Malaysia dengan menghulurkan  bantuan tambahan  kesihatan. Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian […]

error: Content is protected !!