Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 20, 2023 @ 8:31pm

Geisha & Stevan Pasaribu Bakal Meriahkan Festival Southeast Serenade Esok!

Kumpulan Indonesia Geisha dan penyanyi Stevan bakal memeriahkan Festival Southeast Serenade yang akan berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, esok.

Menurut vokalis baharu kumpulan Geisha Regina Poetiray, mereka sangat berbesar hati untuk datang ke Malaysia semula dan memeriahkan festival itu nanti.

“Untuk Geisha, sebenarnya ini kali keempat kami datang ke sini. Tapi dengan saya sebagai vokalis baharu mereka baru dua kali.

“Tujuan kami ke sini untuk membuat persembahan di Festival Southeast Serenade, esok. Persiapan kami untuk membuat persembahan disini sudah dibuat selama sebulan. Dan kami akan bawakan sebanyak 10 buah lagu,” kata vokalis kumpulan itu.

Tambah Stevan yang terkenal menerusi lagu Belum Siap Kehilangan, selain memeriahkan festival itu esok mereka juga dijemput untuk mempromosikan lagu terbaharu mereka masing-masing.

“Kebetulan juga kehadiran kami ini untuk mempromosikan lagu terbaharu kami. Saya juga akan memeriahkan festival yang sama pada esok dan bakal membawakan sebanyak enam buah lagu,” jelasnya.

Selain Geisha dan Stevan, festival itu juga akan dimeriahkan oleh barisan penyanyi lain seperti Orkes A. Hizadin, Hasha Roslan, Margosa, Empty Page dan Muah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Dec 2024

Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

Rozita Che Wan diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya (MARA) akibat gagal membayar hutang pinjaman

Featured Tue, 23 Jan 2024

Shuib Patuh Bayaran KWSP Pekerja, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Netizen Sengaja Sebar Fitnah

Pelawak dan usahawan Shuib tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya ada individu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai pembayaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih lagi belum diterimanya sejak tahun 2022 sehingga 2023. Katanya, pihak […]

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Amelia Henderson Segan Digelar ‘Beauty With Brain’

Amelia Henderson anggap dirinya insan biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan

Trending Wed, 10 Jun 2020
Trending Thu, 7 Jan 2021

“Kes Paling Tinggi” – Sistem Kesihatan Kini Di Tahap Genting, KKM Cadang PKP Bersasar Di Kawasan…

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan  sebanyak 2,593 kes baru Covid-19 sekaligus menjadikan kes tertinggi pernah direkodkan di Malaysia.  Bimbang dengan situasi tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham mencadangkan PKP secara […]

Featured Tue, 1 Nov 2022

Lagu Baru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

Penyanyi Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu yang menampilkan […]

error: Content is protected !!