Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 13, 2018 @ 9:02am

Perkahwinan David-Victoria Mula Goyang?

Desas desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan popular, David Beckham dan isterinya Victoria Beckham sudah kedengaran sejak beberapa bulan ini.

Pasangan selebriti popular yang berkahwin hampir 20 tahun itu dilaporkan sudah lama berdepan dengan masalah perkahwinan namun keretakan hubungan mereka tidak diketahui umum. 

Baru-baru ini, pasangan selebriti ini dikatakan sudah bercerai namun wakil pasangan itu tampil membuat penjelasan.

“Dakwaan yang mengatakan Victoria Beckham dan David Beckham bercerai adalah tidak betul.

“Buat masa ini mereka masih merupakan suami isteri dan dakwaan yang tersebar itu amat mengejutkan

“Jangan membuang masa untuk menyebarkan berita palsu di media sosial kerana ia amat merugikan,” katanya.

Terdahulu, laporan Gossip Cop menyatakan bahawa mereka yakin bekas anggota kumpulan Spice Girl itu tidak kecewa hanya kerana suaminya bercakap dengan wanita lain dalam satu perlawanan bola sepak.

“Ini bukan cerita, tetapi hanya rancangan untuk mencipta kontroversi yang tidak wujud,” lapor Gossip Cop.

Gosip penceraian ini mula bertebaran apabila pasangan selebriti ini sering menghadiri majlis pertunjukan fesyen secara berasingan sejak kebelakangan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

‘Stop Telling People Yang I Halau’- Isteri Aliff Aziz Bengang Lagi?

“ Saya just nak bagitahu stop telling people yang I halau,” luah Bella Astilah di laman Instagramnya, semalam. Menerusi sebuah entri, Bella tidak menjelaskan status panjang lebar berkenaan ditujukan kepada siapa. “ Saya dibesarkan dengan […]

Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Sat, 14 May 2022
Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Featured Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Syamel Kini Dah Solo?

Wah, tak sabar nak dengar lagu baru Syamel!

error: Content is protected !!