Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 26, 2023 @ 12:10pm

“Politik & Populariti Tak Ada Kaitan Dengan Yang Berlaku Di Gaza” – Beri Penjelasan Statement ‘Tak Setuju Berhimpun Ramai-Ramai’ Isu Palestin, Mona Allen Cadang Anjur Solat Hajat

Pelakon Mona Allen tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai perhimpunan beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti ‘Free Palestine’, baru-baru ini.

Sebelum ini, Mona berkongsi pendapatnya bahawa perhimpunan tersebut tidak perlu dilakukan kerana tidak mendatangkan sebarang perubahan terhadap isu yang berlaku di Palestin.

Malah, dia merasakan perkara tersebut hanya membuang masa kerana tidak perlu sampai mengadakan konsert demi menunjukkan sokongan terhadap negara yang sedang bergelut dengan Zionis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen Tak Setuju Berhimpun Ramai-Ramai Tunjuk Solidariti Free Palestine? – “Nothing Changed, Hanya Buang Masa”

Menyedari kenyataannya disalah ertikan, Mona tampil menjelaskan semula buah pendapatnya dan menyerahkan kepada umum untuk menilai secara logik pandangannya itu di Instagram Story (IGS).

Mona menegaskan apa yang cuba disampaikan adalah masih ada cara yang terbaik untuk menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap Palestin tanpa melibatkan politik dan populariti.

“Terpulang kepada anda untuk menilai. We live in a free country dan saya boleh je nak up status apa yang saya nak. Tak semestinya saya tak pergi ke ‘concert’ semalam, saya tidak menyokong Palestine.

“Bercakap biar fikir 10 kali sebelum menaip dan memberi komen. Saya highlight di sini, apa saya cakap adalah berkenaan “politics and popularity” tak ada kena mengena dengan yang berlaku di Gaza,” tulisnya.

Malah, Mona turut memberikan cadangan untuk mengadakan solat hajat di masjid seluruh negara kerana itu yang lebih baik.

“Lebih afdal mengerjakan solat hajat di masjid-masjid di seluruh negara. Itu pendapat saya. Sekian terima kasih. #FreePalestine,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Ini penjelasan Warner Music berkenaan isu Kaka Azraff

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Ngeri! Padah Nak Bergambar Dengan Ular Sawa, Lelaki Hampir Mati!

Beringat sebelum kena! Jangan cari pasal dengan ular sawa tu.

Trending Thu, 9 Apr 2020

[TRENDING] Petugas Kebersihan Bongkar Sikap Sebenar Glenn Fredly

Tenanglah di negeri abadi, Glenn Fredly.

error: Content is protected !!