Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 28, 2023 @ 4:00pm

Aida Aris Dengar Jeritan Isteri Badrul Muhayat, Maklum Tiada Perubahan Pada Arwah – “Kami Sempat Berbual”

Pelakon Aida Aris memaklumkan dia terkejut apabila mendengar jeritan isteri kepada Allahyarham Badrul Muhayat, Norhayati Zulkapli di inap desa di Pulau Pinang, pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, Aida menceritakan detik-detik cemas tersebut apabila mereka memberi bantuan pernafasan namun tiada respons.

“Pagi tadi, saya terkejut bila mendengar jeritan Norhayati daripada dalam bilik.

“Secara kebetulan, kami menginap di homestay sama, jadi saya bergegas ke biliknya dan mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri.

“Kami cuba memberi bantuan pernafasan, tapi tiada respons dan kami segera memanggil ambulans,” katanya yang turut berada di Pulau Pinang.

Tambah Aida lagi, tiada sebarang perilaku pelik yang ditunjukkan Allahyarham ketika mereka berada di inap desa tersebut sebaliknya nampak sihat sahaja.

“Saya tak perasan sebarang perubahan pada arwah. Dia pun nampak okay dan sihat sahaja.

“Arwah beritahu matanya mengantuk dan nak masuk tidur, malam tadi. Itu sahaja yang sempat kami bualkan sebelum arwah masuk bilik,” katanya.

Difahamkan, jenazah arwah Badrul masih lagi berada di inap desa tersebut dan isterinya kini masih berada di balai polis untuk membuat laporan.

“Setakat ini, kami masih menunggu Norhayati pulang dari balai polis.

“Jenazah masih berada di homestay, selepas itu barulah kita tahu keputusan bawa arwah ke mana,” katanya.

Terdahulu, pelakon Anne Abdullah berkongsi berita duka mengenai pemergian Allahyarham Badrul di media sosialnya.

Allahyarham Badrul menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di sebuah inap desa di Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Badrul Muhayat Meninggal Dunia

Untuk info, Badrul telah mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan Norhayati, 50, pada 18 April lalu.

Malah, pelakon senior ini juga merancang untuk membuat majlis resepsi pada hujung tahun ini.

Badrul pernah melalui dua perkahwinan namun jodohnya tidak berpanjangan.

Hasil perkahwinan lalu, aktor tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Nur Delisha, 16 dan Badrul Hidayat, 13, yang kini tinggal dengan bekas isterinya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Featured Thu, 26 Jun 2025
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Watak Antagonis Buat Ellyas Terkejut

Watak Johan boleh dikatakan mencabar kerana saya perlu melakukan aksi seperti menjerit dan menengking wanita walhal saya bukan begitu orangnya…

Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

error: Content is protected !!