Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 31, 2023 @ 2:59pm

“Nafkah Ni Privasi Di Antara Saya Dengan Bekas Isteri” – Hafidz Roshdi

Pelakon Hafidz Roshdi tampil menjawab dakwaan yang menyatakan dirinya culas menjalankan tanggungjawabnya untuk membayar nafkah kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Sebelum ini, Shuhada mendedahkan bahawa bekas suaminya itu hanya membayar RM100 kepada anak-anaknya, Humairah dan Umar.

Enggan mengulas perkara itu lebih lanjut, Hafidz menyatakan perkara itu adalah privasi di antaranya bersama bekas isteri.

Namun, dia tidak pernah terlepas daripada menjalankan tanggungjawabnya untuk membayar nafkah kepada Shuhada.

‘Tu saya tak boleh komen sebab tu privasi saya. Tu antara saya dengan dia je. Nafkah ni seeloknya privasi antara kami berdua. Berapa amount dia ke apa itu antara saya dengan dia.

“Saya ada bagi nafkah dia. Saya tak pernah terlepas lagi bayar nafkah dia,” katanya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini.

Susulan itu, Shuhada tampil menafikan bahawa bekas suaminya itu memberikan nafkah setiap bulan.

Menurut Shuhada, dia cuba yang terbaik untuk permudahkan segala urusan dalam membesarkan anak-anak meskipun perlu bekerja keras sendiri selepas bergelar ibu tunggal.

“Berapa tanya dia. Dia bagi ikut suka dia. Kalau bulan ni dia tak bagi, bulan depan dia bagi. Tapi bulan ni dia bagi yang merangkumi bulan-bulan depan tu. Saya struggle lah.

“Sekarang ni kami sedang failkan jumlah bayaran setiap bulan dan masih dalam proses. Kalau boleh kita mudahkan yang mudah. Dia pun dah ada hidup dia. Saya pun terbuka untuk anak-anak dan tak fikir pasal hasad dan marah.

“Saya pun takda nak failkan mutaah ke apa sebab nak uruskan anak-anak dengan baik. Kalau boleh jangan selfish untuk anak. Kita berdua dah gagal dalam perkahwinan tapi dalam parenting ni saya harap tak gagal,” jelasnya.

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Tajul Sedih Lagu Mengusung Rindu Kalah Dengan Lagu Aliff Syukri

Jangan risau Tajul, lagu Mengusung Rindu tetap dihati kami semua.

Hiburan Sun, 8 Dec 2019

Farah Nabila Terpaksa Lupakan Hasrat…

Debaran kian terasa bagi Farah dan Amirul!

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Betul Ke Erwin Dawson Tak Jadi Kawin?

Patah tumbuh, hilang berganti…Apapun semoga Erwin tabah menghadapi ujian.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Benar! Wanita Itu Kekasih Syazwan Zulkifly

Doakan yang baik-baik sahaja okay!

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

汇集「金视奖」精英!时代剧《守百年之约》513隆重启播

时代剧《守百年之约》一部汇集了历届「金视奖」精英的重头巨作!

Featured Thu, 10 Feb 2022
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《偶像练习生》9%出道首张团体照!

中国偶像男团9%(NINE PERCENT)来自选秀节目《偶像练习生》,近来该团飞往美国洛杉矶集训,15日更晒出道后的首张团体照,短短一天时间,就吸引超过26万粉丝留言热议,引发讨论。

error: Content is protected !!