Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 31, 2023 @ 7:57pm

Hikmah Tersembunyi Sebalik Dugaan, Akhirnya Teater Dang Anum Dipentaskan 4 & 5 November Ini

Setelah hampir dua minggu berehat kerana berdepan dengan pelbagai dugaan sehingga terpaksa menunda tarikh pementasan, Teater Dang Anum akhirnya bakal dipentaskan pada 4 November 2023 (Sabtu) dan 5 November 2023 (Ahad) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengarah dan penerbit Teater Dang Anum, Amirul Haswendy Ashari berkata, dia bersyukur kerana ada hikmah tersembunyi di sebalik dugaan yang terpaksa dilalui Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) untuk menerbitkan teater Dang Anum.

“Sebelum ini, The Redholah berdepan dengan pelbagai ujian sehingga memaksa kami membuat keputusan yang sangat berat untuk menunda tarikh pementasan di saat-saat akhir.

“Selama hampir dua minggu, kami bermuhasabah dan duduk berbincang mencari penyelesaian dan Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana mendengar luahan dan memahami situasi kami,” katanya.

Terutama di segi sokongan tidak berbelah bagi kepada persatuan kecil yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam merancakkan bidang seni dan budaya tempatan.

Antara hikmah lain, pementasan ini mendapat kerjasama daripada Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana.

Kerjasama ini membabitkan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar tersebut dalam seni reka set dan prop yang diketuai pensyarahnya, Mohd Kamil Zulkepeli.

“Kami juga terharu kerana Profesor Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty, pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi PETRONAS yang juga aktivis teater terkemuka dari Tronoh Theatre Shop sudi berlakon di dalam teater Dang Anum

“Penampilan istimewa beliau ke dalam teater Dang Anum, pastinya memberi impak tersendiri kepada peminat teater tempatan,” kata Amirul lagi.

Dalam pada itu, pembeli tiket yang telah membeli pas masuk berharga RM10 dan memilih untuk kekal bersama-sama The Redholah sebelum berita penundaan, tidak perlu membeli semula.

“Mereka (pembeli awal), hanya perlu memilih untuk menonton pada tarikh dan masa pementasan sahaja. Manakala pembeli baharu, pas masuk berharga RM20 (dewasa) dan RM10 (OKU / Kanak-kanak usia 7 hingga 12 tahun.

“Semua hasil jualan pas masuk akan disalurkan kepada Cinta Gaza Malaysia bagi membantu rakyat Palestin yang sedang berdepan ujian di Gaza dan Tebing Barat,” katanya.

Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama /Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali.

Selain mereka, teater ini turut menampilkan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin, Azhar Jalil, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff, Affan Mohd dan ramai lagi.

“Selain itu, kami turut mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat korporat dan badan swasta yang berminat untuk turut serta di dalam program CSR persatuan The Redholah.

“Sumbangan mereka akan disalurkan kepada beberapa program CSR yang kini dalam perancangan,” kata Amirul lagi.

Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum adalah projek pementasan teater bangsawan pertama The Redholah di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Untuk perkembangan lanjut mengenai aktiviti persatuan, sila ikuti laman sosial Instagram,
Facebook dan TikTok The Redholah atau menghubungi talian 014-3685233 atau e-mel ke [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Penuh Aura Bintang, Ini Peserta Bertuah Mara Ke Peringkat Top 20!

Top 20 XTRA XSTAR 2025 undian bermula pada 23 September ini!

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Nora Danish Hargai Boss Ned Pertahankan Dirinya, Akui Hormat Tetap Kekal Walau Sudah Berpisah

Nora turut menghargai tindakan Nedim yang tampil bersuara ketika namanya menjadi sasaran warganet

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Majlis Resepsi Elfira Loy Di Melaka Ada Nilai Sentimental

Dipercayai majlis tersebut merupakan permintaan daripada nenek Faris sendiri yang ingin melihat cucunya bersanding di kampungnya. 

Featured Tue, 23 Dec 2025

Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Menyifatkan komen yang diberikan itu sebagai keterlaluan, Kamal menegaskan, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar dan melampaui batas sebagai seorang muslim.

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Syafinaz Kongsi Penyanyi Tanah Air Ada Kualiti Natural Dalam Vokal

Fuhhhh, penyanyi hebat hebat semua 🤩🤩 Cayalahhhh

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Elfira Loy Kongsi Ciri-Ciri Si Tunang Pilihan Hati

Tak sabar rasanya nak tengok El kahwin!

Hiburan Thu, 28 Mar 2024

Darjat Ibu Bapa Terlalu Tinggi Untuk Diperdebat, Neelofa Akui Kelemahan Dalam Memberi Pandangan – “Saya Bukan Ustazah…”

“Saya bukannya ustazah dan orang yang layak untuk bercakap tentang ini tapi saya tahu sikit-sikit pasal benda ni,” demikian kata selebriti, Neelofa yang tampil mengulas dakwaan dirinya tiada empati dalam memberikan pendapat, baru-baru ini. Sebelum […]

Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Featured Thu, 19 Jun 2025

Reward Diri Sendiri, Janna Nick ‘Unboxing’ Jam Tangan Jenama Mewah… Netizen Spekulasi Harga Cecah RM90,000

Janna Nick berkongsi jam mewah miliknya yang dibeli sempena sambutan hari lahirnya.

error: Content is protected !!