Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 3, 2023 @ 3:43pm

“Itu Hak Saya!” – Terpulang Pada Diri Nak Betulkan Keadaan, Adik Lelaki Shila Amzah Minta Bekas Isteri Berhenti Sebar Aib & Fitnah

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq meminta bekas isteri, Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis untuk berhenti bercakap buruk dan mengaibkan dirinya.

Menerusi siaran langsung di TikTok miliknya, Syafiq mendakwa setiap perkataan yang diperkatakan bekas isterinya tidak semuanya benar.

“Untuk bekas isteri yang mengaibkan saya, saya tak pernah menjawab apa-apa pun tentang dia mengaibkan saya malah dia fitnah diri saya.

“Cuma satu sahaja pesanan saya, sudah-sudahlah! Daripada 2016 sampai sekarang tak berhenti nak keluarkan kenyataan yang tak semuanya betul,” jelasnya.

Selain itu, Syafiq memberitahu kepada netizen masalah dengan Anis adalah hal peribadinya dan terpulang kepada dia untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, dia memilih untuk selesaikan secara peribadi berbanding secara terbuka.

“Apa-apa berkenaan diri saya tu, kalau saya rasa nak betulkan itu terpulang pada saya. Hak saya!,” ujarnya.

Untuk rekod, Syafiq dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 namun bercerai pada 15 Jun 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Anis tampil mempertahankan Shila susulan isu jual rumah dan mempertikaikan tentang tanggungjawab Syafiq sebagai seorang bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

Featured Tue, 18 Apr 2023

Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

Boleh Syaikhul dan sumayyah beraya dengan atok dan neneknya❤️

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

PENANG MURAL ARTIST BARRED FROM RETURNING TO MALAYSIA!

The genius behind the bicycle mural in Penang has surprisingly been barred from returning to Malaysia.

Events Wed, 17 Oct 2018

Wanna Learn Sign Language? Here’s Dates for Some Upcoming Classes

It’s a good language to add to our list of expertise.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Trending Sun, 24 Apr 2022
error: Content is protected !!