Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 4, 2023 @ 4:00pm

Sudah Tidak Peduli Kena ‘Body Shaming’, Ini Respons Padu Bella Dowanna – “Ini Badan Saya, Ini Pilihan Saya!”

Pelakon Bella Dowanna mengakui dia sudah tidak ambil pusing akan tindakan segelintir pihak yang sering ‘body shaming’ dirinya

Menurut Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, dia sedar kegembiraan diri sendiri lebih utama dan penting berbanding tertekan dek kerana mulut orang yang mengkritik fizikalnya.

“Saya memang ada fasa-fasa badan besar dan kecil. Ikut ‘mood’ saya jugalah nak badan besar ke atau kecil, sebab saya senang kurus, senang berisi.

“Kalau orang banyak sakitkan hati saya, nak kurus saya kuruslah. Kalau ia tidak bawa faedah pada saya, tak kisah pun apa orang nak kata, ini badan saya, ini pilihan saya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Bella mengakui untuk menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah dan perlu bergantung pada usaha sendiri.

“Tak adalah boleh cepat sangat nak turunkan berat badan, tapi semua itu bergantung pada usaha saya juga. Cuma, kalau saya rasa nak turunkan berat badan untuk kebaikan, saya buatlah.

“Tapi, buat apa saya beriya-iya kurus sebab sekadar nak puaskan hati orang sebenarnya. Lagi pula, bukan satu tekanan pada saya pun kalau badan berisi. Kalau saya nak sangat kurus, tapi tak ‘happy’ buat apa?

“Pada saya, biar diri saya yang gembira dulu, orang lain biarkanlah. Kegembiraan saya paling penting. Jangan rasa tertekan dengan cakap-cakap orang, buat apa yang kita suka buat. Ini badan kita, ini pilihan kita, bukan badan orang lain pun,” jelasnya.

Tambah Bella, dia sudah lali dengan ejekan orang ramai berkenaan bentuk badannya namun dia lebih memilih untuk tidak melayan segala kutukan tersebut.

“Banyak kali dah saya kena ‘body shaming’ dan sampai tahap malas nak layan dan ambil tahu pun. Terpulanglah pada pandangan masing-masing nak kata saya kurus atau sebaliknya. Saya memang dah tak kisah,” katanya.

Sekadar info, Bella kini melanjutkan pengajiannya di UOW Malaysia atau dulu dikenali sebagai Kolej KDU dalam jurusan kulinari.

Malah, pelakon yang membintangi drama Budak Tebing itu turut mengakui dia seorang yang suka memasak dan menikmati makanan enak kegemarannya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Thu, 3 May 2018

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Produksi bagi penerbitan lagu juga mengakui bahawa Sajat melakukan yang terbaik semasa sesi rakaman beliau pada kali ini. Kalau nak tahu, baik tak baik Sajat membawakan lagu Makhluk Penggoda ni, kenalah tengok Nur Sajat Rated Xtra!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Bakal Mengambil Tawaran Berkualiti Sahaja Kali Ini

Fikirkan kualiti berbanding kuantiti itu diantara sebab mengapa bakal memilih tawaran berkualiti mulai sekarang

Trending Wed, 10 Nov 2021

Keji & Terkutuk! 4 Abang Durjana Rogol Adik Berusia 13 Tahun Secara Bergilir Ditahan

Empat beradik lelaki yang disyaki merogol adik sendiri semenjak lebih tiga tahun lalu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Difahamkan, mereka melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah […]

error: Content is protected !!