Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 7, 2023 @ 3:05pm

Video Temu Bual Bersama Media Singapura Tular… Siti Nurhaliza Utamakan Kualiti Kerja, Kepuasan Hati Peminat – “Tangga Pertama Tak Penting”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘penyanyi nombor satu’ tanah air.

Menerusi temu bual bersama media Singapura baru-baru ini, pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa ini turut mengangap gelaran tersebut sebagai satu perkara yang tidak penting.

Sebaliknya Siti lebih mengutamakan kepuasan dari segi kualiti persembahan, lagu dan kebahagiaan dari peminat yang tidak henti menyokong beliau selama ini.

“Dalam diri saya tak pernah pun saya nak tempatkan diri saya di tangga pertama..

“Dan perkara itu tak penting pun sebab bagi saya bekerja keras, kerja yang berkualiti, peminat puas hati dan saya buat orang bahagia itu lebih menggembirakan saya,” katanya.

Sementara itu, Siti juga meluahkan rasa kagum atas kebolehan penyanyi-penyanyi baru berbakat besar seperti Aina Abdul, Ernie Zakri dan Nadeera Zaini.

“Saya akui saya tidak belajar muzik dan vokal, tak pandai pun main alat muzik, saya hanya ada rythm dalam diri saya.

“Aina Abdul, Ernie Zakri dan Nadeera Zaini saya memang kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar muzik.

“Sekarang ini sesiapa sahaja boleh berada di tahap yang mereka mahukan sama ada di kedudukan nombor satu atau sebagainya,” ujarnya lagi.

@aril.ism

Siapa pengganti takhta nombor satu?? Kredit video: Berita Mediacorp Singapura #fyp #sitinurhaliza #arilsm #arilism #sitism

♬ original sound – 𝘼𝙍𝙄𝙇𝙎𝙈 | 𝗮𝗿𝗶𝗹.𝗶𝘀𝗺 – 𝘼𝙍𝙄𝙇𝙎𝙈 | 𝗮𝗿𝗶𝗹.𝗶𝘀𝗺

Sebelum ini, gelaran penyanyi nombor satu heboh menjadi sebutan di media sosial selepas timbul dakwaan peminat Aina Abdul mahu ‘merampas’ takhta tersebut.

Namun begitu, Aina dalam satu laporan berita mengatakan dia berasa malu apabila ada segelintir peminat mahu merebut takhta yang dipegang oleh Siti Nurhaliza.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Malu Peminat Berbalah – “Anak Seni Seperti Saya Perjalanannya Masih Jauh”

Artikel Berkaitan: “Beberapa Individu Menyamar Sebagai…” – Perbalahan Antara Kelab Artis Beri Kesan Negatif, Ainations Buat Laporan Polis!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Sangka Aafiyah Rajin Bantu Rakan OKU Di Sekolah – “Masya-Allah Anak Ibu, Penting Kita Tunjuk Contoh Baik…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Events Wed, 6 Mar 2019

Menariknya “A Day With Hijabistas” Raikan Wanita Berhijab Sedunia

Tengok tu, wanita berhijab pun boleh kekal aktif tau!

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Trending Tue, 12 Jun 2018

爸妈没出过国 女儿画了「史上最强出入境攻略」

对于英文不好,又从来没有出过国的人来说,第一次出国是很麻烦的事情,特别是出入境的时候。

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Saya Sedih, Marsya Tak Patut Terima Kecaman Sebegitu” – Auddra Zulkifli

Auddra Zulkifli meluahkan rasa simpati terhadap Marsya Qistina yang menjadi sasaran kecaman dan buli siber.

error: Content is protected !!