Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 8, 2023 @ 10:59am

“Kenapa Terlalu Obses?” – Aubrey Suwito Komen Isu Peminat Rebut Gelaran Penyanyi Nombor 1

Maestro muzik tersohor, Aubrey Suwito tampil memberi respons berhubung perebutan takhta ‘penyanyi nombor satu’ dalam kalangan peminat selebriti tanah air.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengarah muzik dan penerbit ini tidak bersetuju apabila ada segelintir peminat bergantung kepada kedudukan seorang penyanyi kegemaran mereka dalam industri muzik.

Beliau mempersoalkan mengapa segelintir peminat terlalu taksub kepada gelaran penyanyi nombor satu.

Malah, beliau juga berpendapat bahawa muzik bukan seperti sukan dan isu politik.

“Kenapalah kita obses sangat about who is number 1? Who cares? It is music. Not sport, not politic. Winner does not take all.

“Bila saya suka lagu atau artis, nombor 99 pun okay saja sebab saya enjoy,” katanya.

Aubrey Suwito

Sementara itu, Aubrey yang banyak mencipta lagu-lagu dalam kalangan penyanyi terkenal negara seperti Salamiah Hassan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan ramai lagi turut berkongsi petikan ayat daripada video temu bual portal hiburan bersama penyanyi, Misha Omar.

Video tersebut memaparkan pelantun lagu popular Sampai Bila itu mengulas mengenai isu segelintir peminat Aina Abdul berbalah mahu merebut takhta ‘penyanyi nombor satu’ yakni dipegang oleh Siti Nurhaliza.

“Kalau kerja bagus, nak letak nombor apa pun kita tak peduli,” tulis Aubrey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aubrey Suwito (@aubrey_suwito)

Sebelum ini, video temu bual Siti Nurhaliza bersama media Singapura tular di aplikasi TikTok mengakui tidak pernah meletakkan dirinya di tangga pertama, malah lebih mementingkan kebahagiaan dan kepuasan peminat.

Susulan itu, penyanyi Aina Abdul juga mengakui malu apabila ada segelintir peminatnya mahu merebut gelaran tersebut daripada idolanya sendiri.

Artikel Berkaitan: Video Temu Bual Bersama Media Singapura Tular… Siti Nurhaliza Utamakan Kualiti Kerja, Kepuasan Hati Peminat – “Tangga Pertama Tak Penting”

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Malu Peminat Berbalah – “Anak Seni Seperti Saya Perjalanannya Masih Jauh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Cahaya Mata Fri, 30 Sep 2022

Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Alhamdulillah.. Tahniah Adira dan keluarga 🥰

Trending Wed, 25 Jul 2018

怕新郎太紧张 新娘竟变成「老婆的哥哥」

结婚是一对新人生命当中最重要的事,因此大家都会尽量严肃对待,就是不希望出现任何的差错。可是当这位紧张万分的新郎转头准备迎接自己的美娇娘时,发现来的竟然是自己的大舅,这到底是怎么回事?

Events Fri, 15 Feb 2019

Here are the Ola Bola the Musical 2 Winners!

These lucky winners get to watch the Pre-Screening of Ola Bola the Musical!

Trending Wed, 31 Mar 2021

Selepas 13 Tahun Menyepi, VE Muncul Dengan Lagu Baru

Voices of Euphonious (VE) bukan nama baharu dalam industri muzik. Kumpulan vokal harmoni itu telah ditubuhkan pada 1997, namun selepas sedekad bersama, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Tahun lalu, selepas hampir 13 […]

error: Content is protected !!