Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 9, 2023 @ 5:50pm

Zizan Nin Jawab Dakwaan Hidap Kanser Gara-Gara Imej Botak – “Alhamdulillah Saya Tak Sakit, Tapi…”

Pelakon dan pengarah Zizan Nin tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dia menghidap kanser gara-gara imej botak, baru-baru ini.

Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 50, menafikan tuduhan tersebut sebaliknya menjelaskan hanya mempunyai kolestrol yang tinggi.

“Saya tak ada kanser, setiap tahun saya jalani pemeriksaan kesihatan dan Alhamdulillah, memang tiada kanser. Cuma kolesterol saya sangat tinggi.

“Gambar saya membotakkan kepala diambil ketika penggambaran filem Roxy dua tahun lepas. Saya sebenarnya kena pakai rambut palsu, jadi rimas dan gatal kepala. Itu yang saya botak terus.

“Berkenaan kolestrol, saya kena jaga pemakanan tetapi bila terlebih jaga, itu yang kurus. Sekarang tahap kolesterol saya masih perlu dipantau.

“Saya ada mengambil ubat kolesterol sekitar 2014 tetapi selepas dua tahun, saya berhenti dan jaga pemakanan dengan lebih ketat sehingga sekarang. Susah nak turun kolesterol, sebab genetik mungkin,” katanya.

Tambah pengarah filem Sazali Meor Coco ini, dia tidak sedih dengan khabar terbabit, sebaliknya menganggap peminat mengambil berat terhadapnya.

“Tak adalah sedih pun bila cerita tidak benar tersebar. Cuma saya rasa mereka ambil berat. Kita tak tahu kan keadaan, sebagai contoh Allahyarham Adibah Noor. Dia sembunyikan sakit sehingga hujung hayatnya.

“Cuma setakat ini, di usia 50 tahun ini, saya sihat sahaja, Alhamdulillah. Tapi itulah, kolesterol memang kena kawal,” jelasnya.

Terdahulu timbul dakwaan Zizan sakit dek kerana penampilannya yang dikatakan susut dan berkepala botak, baru-baru ini.

Malah, ada juga yang mendakwa dia menjalani rawatan kemoterapi sehingga penampilannya berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Botak & Berat Badan Susut Bukan Disebabkan Rawatan Kemoterapi – Zizan Nin

Dalam pada itu, menerusi filem Sazali Meor Coco yang bakal ditayangkan 16 November hadapan, Zizan mempertaruhkan bakat muda seperti Iman Zulkarnain, Shah Radhy dan Syazani Zikry sebagai pendukung watak utama.

“Saya bersetuju nak arahkan filem ini, tetapi dengan syarat, saya nak merombak skrip asal. Saya tukar beberapa kali untuk memasukkan beberapa isu-isu masyarakat yang mampu membuka mata penonton.

“Produksi menjalani penggambaran selama 25 hari dan sebelum shooting, kami buat latihan selama seminggu. Sebenarnya masa kami jalani penggambaran kita sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya berharap filem pertama arahan saya ini akan mendapat perhatian peminat kaki wayang, Insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Siti Sarah Masuk Hospital Selepas Shuib Undur Diri Dari Sinar FM

Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Elvina Takut Main Bunga Api

Datin Elvina Mohamad mengakui fobia bermain bunga api apabila pernah menyebabkan rambut sepupunya terbakar suatu ketika dahulu.

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Shiha Zikir Kongsi Tips Buat Peserta Mentor 7

Bukan senang, nak senang ya…Jom dengar apa kata salah seorang senior dari program Mentor ni!

Events Sat, 5 Jan 2019

「五福星」再发贺岁专辑!伍家辉望占贺岁市场一席位

阔别5年,五福星再度发行全新创作新年歌《五福星又报喜》!伍家辉首当贺岁歌曲制作人,望能占大马贺岁市场一席之位。

Events Thu, 11 Jul 2024

Bapa Baby Syifa Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Allahu, banyak sangat kes selewang duit sekarang ni kan😡

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

error: Content is protected !!