Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 12, 2023 @ 7:18pm

Afifah Nasir Idam Jejaka Tampan & Tinggi Ilmu Agama Jadi Calon Suami – “Saya Mahu Lelaki Sempurna, Tapi…”

Pelakon Afifah Nasir meletakkan kriteria yang tinggi dalam memilih calon suami yang terbaik.

Menurut pemilik nama Nur Afifah Md. Nasir, dia sangat cerewet mencari pasangan hidup yang berwajah tampan dan mempunyai ilmu agama yang tinggi.

“Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil.

“Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.

“Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup sebab Allah kurniakan kepada saya lelaki sebegitu, tetapi hakikatnya hanya 10 peratus yang macam tu, susah nak jumpa,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Story miliknya.

Menurut laporan Kosmo, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu menyeru dan mengingatkan kaum lelaki agar mendalami ilmu agama.

“Apa yang boleh saya katakan, selamat berjaya untuk wanita di luar sana dalam mencari pasangan hidup.

“Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu,

“Hargai kami sebagai wanita. Tahu betapa tingginya nilai seorang perempuan. Anggap dan layan kami seperti permata maka insha-Allah kalian akan menemui wanita yang baik,” katanya lagi.

Sumber : Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Fri, 26 Jun 2026

“Ini Pertama & Kali Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol, Lepas Ni Tak Ada Dah” – Zara Zya

“Tontonlah drama ini secara positif sekadar niat ingin menonton sahaja, bukan untuk mengecam” – Zara Zya

Featured Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Ehem…Siapa R Di Hati Haqiem Rusli?

Ala…sweetnya lahai!

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

‘ Macam Tercekik Sudu, Menyanyi Ke Bercakap Tu?”- Rozita Che Wan Sindir Pereka Fesyen Di IG?

Chuppp no heart feelings. Kami takde isu dengan sapa-sapa pun…tapi daripada satu Malaya carut, baik kami carut dulu kot…

error: Content is protected !!