Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 15, 2023 @ 5:36pm

“Saya Tak Pernah Cakap Belajar Tak Penting…” – Buat Pendedahan Berhenti Sekolah & Tak Ambil SPM, Aedy Ashraf Beri Nasihat Kepada Remaja

Pelakon Aedy Ashraf menjelaskan pengakuannya berhenti sekolah pada tingkatan empat dan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan untuk menjadi contoh kepada golongan remaja.

Menurut Aedy atau nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, keputusan yang diambil 14 tahun lalu itu bersebab namun dia tidak berhenti daripada menuntut ilmu.

“Saya tak pernah cakap yang belajar tak penting, its always important untuk semua orang tapi saya juga tekankan yang hard work is very important as well.

“I was not lucky enough to be born into a privilege family itu sahaja halangan saya untuk sambung study.

“Tapi kalau adik-adik ada rezeki untuk sambung belajar, please do because it is very important.

“Walaupun masa itu saya tak ada rezeki untuk sambung belajar, saya belajar sendiri. Saya baca buku-buku kemahiran dan ambil online classes.

“Pada saya belajar ni its a never ending process. Ia takkan habis as long as you ada minat untuk belajar, just go for it,” jelasnya semasa ditemui di sidang media dan tayangan filem War on Terror: KL Anarki di GSC Lalaport BBCC, semalam.

Sementara itu, dia mengambil masa lama untuk membuat pendedahan berhenti sekolah itu kerana tidak mahu tindakannya menjadi ikutan remaja masa kini.

“Ia salah sebab kenapa saya keep it for so long selama 13 tahun. First, sebab saya tak nak beri mesej yang negatif kepada adik-adik dekat luar sana.

“Saya harap mereka jadikan iktibar untuk mengutamakan pelajaran jika ada peluang, saya hanya tidak bertuah untuk melanjutkan pelajaran sejauh-jauhnya,” ujarnya.

Terdahulu, Aedy membuat pendedahan itu semasa menjadi tetamu menerusi podcast Studio Sembang bersama pelakon dan pengacara, Amelia Henderson.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

‘Saya Akan Tarik Awal Setiap Kali…’- Scha Alyahya Kongsi Tips Rumah Tangga Ideal

Kami sudah mencuba sejak tahun lalu lagi. Mungkin tiada rezeki lagi buat masa ini.

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

SAH…Nabila Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, Nabila pernah memuat naik status yang menguatkan spekulasi dia dan Sharnaaz berdepan masalah rumah tangga.

Featured Thu, 19 Jun 2025

Irfan Zaini Kongsi Foto Peminat Dibelasah Hingga Berdarah Gara-Gara Watak Malik 

Irfan Zaini berkongsi foto milik peminatnya yang dilaporkan dibelasah hingga berdarah oleh pentaksub ”Malik”.

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Featured Mon, 17 May 2021

Model Terkenal Bella Hadid Dipuji Ramai, Ikut Protes Kutuk Kekejaman Israel Di New York

Walaupun bergelar antara supermodel antarabangsa dengan memiliki bayaran paling mahal di dunia, model kelahiran Palestin Isabella Khair Hadid dilihat tidak berselindung apabila beliau secara terang terangan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Menerusi platform Instagram rasminya, […]

error: Content is protected !!