Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 17, 2023 @ 8:36pm

Mesra Buat Video Bersama, Netizen Puji Noor Nabila & Amelia Christie – “Contoh Mak Ayah Tak Selfish… Love Relationship Macam Ni”

Usahawan jelita, Noor Nabila menerima pujian ramai apabila dilihat berkawan baik dengan pelakon Amelia Christie Lim yang juga merupakan kekasih kepada bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi perkongsian video di Instagram, mereka dilihat mempromosikan sebuah produk makanan bersama dan keakraban mereka mencuri tumpuan.

Susulan itu, rata-rata warganet turut kagum dengan hubungan baik Nabila dan Sharnaaz walaupun sudah bercerai.

“Kalau semua mak ayah yang dah divorce macam dorang ni… semua anak-anak takkan terasa kehilangan… contoh mak ayah yang tak selfish… tahniah korang,” tulis seorang warganet.

Noor Nabila

Bukan itu sahaja, warganet juga gembira apabila melihat Jebat Jayden disayangi oleh orang sekeliling.

“Jayden will grow up with love from both his parents and much much more! Good job Mummy (Nabila), Baba (Sharnaaz) and Aunty (Amelia),” tulis warganet lagi.

Nabila

Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden, 5.

Artikel Berkaitan: “Cantiknya, Senyuman Sama” – Wajah Noor Nabila, Amelia Christie & Jebat Jayden Dipuji Seiras Persis Adik-Beradik!

Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

Artikel Berkaitan: “Never Fails To Make Me Smile… Thank You Sayang” – Terima Bunga Orkid, Ucapan Sharnaaz Untuk Amelia Curi Tumpuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

‘Kes Cerai Tiada Kena Mengena Dengan Maya Karin’ -Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan yang mengaitkan pelakon Maya Karin dengan kes penceraiannya.

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.

Hiburan Tue, 6 Nov 2018
Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Bukan Lagu Cinta Biasa, Haqiem Rusli Bakal Berikan Kejutan Di AJL 34!

Mampukah ‘Lembah Kesepian’ buka minda pendengar? Tak sabar tunggu kejutan dari Haqiem Rusli!

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Trending Mon, 26 Oct 2020

Dibenar Tunai Umrah Bermula 1 November Ini

Berita baik buat jemaah umrah!

error: Content is protected !!