Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 20, 2023 @ 9:14am

“Cara Berkenalan Dengan Suami? Cukup Kami Sahaja Tahu” – Kisah Cinta Nabila Razali Ada Dalam Lagu ‘Hanya Kamu’

Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali, 31, memilih untuk terus mengunci mulut mengenai kronologi kisah cintanya bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani, 38.

Bertukar status sebagai isteri, Nabila mengaku perasaannya bercampur baur tetapi bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.

“Cara kami berkenalan, cukup kami sahaja yang tahu. Tapi apa yang penting, momen kami bersama. Kami tidak pernah rasa canggung atau was was antara satu dengan lain.

“Alhamdulillah kedua keluarga merestui. Hal itu sudah cukup buat kami dan kepada peminat yang ingin tahu.

“Mengulas mengenai perasaan saya bila sah bergelar isteri, ia bercampur baur sebenarnya. Sebak ada, sedih pun ada… gembira sudah tentu.

“Tapi saya pasti, 1,001 perasaan yang ada pada ketika ini adalah untuk masa depan yang lebih baik Insya-Allah,” katanya kepada XTRA.

Begitupun, pelantun lagu Pematah Hati ini tidak menolak kisah cintanya itu ada ‘tersembunyi’ dalam lagu terbaharu yang bakal dilancarkan berjudul Hanya Kamu.

“Lagu ini dicipta oleh MFMF dan mereka tidak ambil masa lama untuk siapakan single ini. Bila saya beritahu tentang kronologi dan kisah percintaan kami berdua, mereka terus siapkan dan beri saya demo.

“Ketika saya dengar demo itu, liriknya memang ada kena mengena dengan kehidupan saya sebelum saya bergelar kekasih, tunangan dan kini isteri.

“Saya sangat gembira dengan lagu ini dan ia ditujukan buat suami tercinta dan juga peminat yang sudah lama mahukan karya baharu,” katanya.

Nabila bakal melancarkan versi penuh single Hanya Kamu pada 26 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Nik Iruwan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Memahami & Matang” – Kongsi Ciri Menarik Suami, Kerjaya Seni Nabila Razali Berjalan Seperti Biasa Selepas Kahwin

Terdahulu, Nabila selamat mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan dalam sebuah majlis indah di The Chateau Spa and Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang, pada Sabtu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

2018 DIJANGKA TAHUN LEBIH INDAH AMAR BAHARIN

Amar juga mengakui tahun 2018 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi dirinya mahupun Amyra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

Hiburan Fri, 10 May 2019

Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Akui Hafiz, dia kini dalam proses memilih. Wow siapa agaknya wanita bertuah tu?

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
error: Content is protected !!