Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin November 21, 2023 @ 1:30pm

[VIDEO] “Kenapa Semua Orang Tanya Pasal Brownies Ni?” – Live Di TikTok Sempena Birthday, Mimi Lana Beri ‘Hint’ Sudah Berbaik Dengan Syafiq Kyle?

Walaupun masih ramai yang berteka-teki mengenai status hubungannya bersama pelakon kacak Syafiq Kyle, aktres Mimi Lana mencuri perhatian apabila tampil dengan sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada awal pagi Selasa.

Menurut Mimi, itu adalah kali pertama dia tampil mengadakan sesi live di TikTok sempena hari ulang tahunnya yang sebelum ini disambut dengan keluar bersama rakan-rakannya.

“Siapa yang lahir bulan 11 juga? Sebenarnya kan, saya kalau birthday memang akan sambut dengan kawan-kawan. Kadang tu keluar pergi lah dekat mana-mana. Cuma kalini saya ambil peluang untuk bersama-sama dengan anda semua,” katanya.

Dalam pada itu, teraju utama drama popular Perempuan Itu  juga terkejut dengan jumlah tontonan yang mencanak naik sehingga mencecah 5,000 tontonan sebaik sahaja dia mengadakan sesi live tersebut.

“Kau orang semua ni tak tidur lagi ke? Esok tak kerja? Ramainya tengok,” jelasnya.

Tidak habis disitu, rata-rata pengikut Mimi yang menyaksikan live tersebut mengambil kesempatan bertanyakan tentang status hubungannya bersama Syafiq Kyle termasuklah video tular makan bersama aktor tersebut serta soalan adakah dia sudah merasa kuih brownies yang dijual oleh Syafiq.

Tidak membiarkan peminatnya terus berteka-teki, Mimi bagaimanapun seakan memberikan ‘hint’ bahawa dia dan Syafiq sudah berbaik.

Namun, dia kelihatan masih tidak selesa untuk menjawab soalan berkenaan perkahwinannya dengan aktor popular itu.

“Buat brownies saya tak pandai tapi….(sambil tersenyum).

“Kenapa semua orang tanya pasal brownies ni? Brownies tu saya ada juga minta dekat orang tu (Syafiq Kyle) tapi dia kata dah sold out. Jadi masih tak berkesempatan lagi nak rasa.

“Yang pulut mangga tu… ya! Saya memang suka makan. Makan dekat Aroi mak mak ahanthai tu,” ujarnya.

Terdahulu, desas-desus kononnya pasangan ini sudah kembali bersama tular selepas video mereka masakan bersama tular di platform sama.

Malah, spekulasi itu dikuatkan lagi apabila warganet mendakwa bahawa cardigan putih berjenama Polo yang dipakai Mimi adalah sama seperti foto terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

“Tiap-tiap minggu datang sini tau. Semua makanan sedap… ada sup, ada somtam, dan ikan yampla tu the best. Tapi harini kita try ikan bakar juga,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Apr 2023
Featured Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Fri, 22 May 2026

Ciapan ‘This Place’ Raih Tumpuan, Kamal Adli Kenang Detik Perceraian Bersama Uqasha Senrose Di Mahkamah? Netizen Pesan Jangan Bersedih!

Ciapan Kamal Adli bertulis “this place” merujuk kepada perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, detik bercerai dengan Uqasha Senrose

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Bukit Bintang Bergegar! Ajak Peminat Berdangdut, Ratusan Peminat Serbu Persembahan Haiza

Wow! Satu Bukit Bintang terhibur dengan Haiza, memang meledak!

Featured Wed, 25 Sep 2024
Trending Fri, 7 May 2021

Positif Covid-19, Penyanyi Baru Aliff Iskandar Semakin Pulih

Penyanyi baru, Aliff Iskandar berkongsi khabar gembira apabila dirinya semakin sihat setelah positif Covid-19 kira-kira seminggu yang lalu. Pelantun lagu Perit yang menjadi OST drama Rahimah Tanpa Rahim ini sedang berada di pusat kuarantin di […]

Featured Wed, 17 Aug 2022
Events Fri, 4 Jul 2025

‘Sentuhan Wira’ Filem Aksi Sukan Kebangsaan Diangkat Ke Layar Perak, Adaptasi Kemenangan Piala Thomas 1992

Filem ini turut mendapat sentuhan Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

Trending Sat, 30 Nov 2019

Kena Hentak Sampai Nampak Otak Hingga Maut

Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih

error: Content is protected !!