Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 23, 2023 @ 1:30pm

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Pelakon dan penyanyi Cat Farish menjelaskan diganggu oleh pelbagai kejadian mistik sehingga menjejaskan perniagaannya dan isteri, Shikin Maembong.

Akui pendapatan turut terkesan, Cat menganggap apa yang berlaku merupakan dugaan dalam perniagaan.

“Dari sudut perniagaan, ada sedikit perkara yang tidak menyeronokkan berlaku kerana saya dan isteri dilanda oleh ‘sesuatu’. Orang cakap, ini berkaitan dengan buatan orang. Ada yang kata, kami terkena di satu acara yang kami sertai,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, jualan pisang yang diusahakan mengalami penyusutan hari demi hari.

“Selalunya, kami berjaya menjual lebih kurang 200 kilogram hingga 300 kilogram pisang. Namun, sekarang 50 kilogram pun tak habis dijual,” jelasnya.

Cat mula menyedari perniagaannya terkena buatan orang apabila dia menjumpai banyak wang syiling bertaburan di gerai jualan yang dibuka di satu acara usahawan di Kedah.

Memilih untuk tidak terlalu mempercayai perkara-perkara karut tersebut pada awalnya, dia dan isteri bagaimanapun akhirnya terpaksa merujuk ustaz dan mula berubat cara kampung.

“Saya dan isteri ada terjumpa wang syiling dan bila dirujuk, ada yang mengatakan itu sebagai salah satu tanda orang hantar ‘sesuatu’.

“Bukanlah saya nak percaya sangat mengenai wang syiling itu. Namun, tak masuk akal sebab kami tak gunakan wang syiling yang banyak. Lebih pelik lagi, ada wang syiling dari Thailand.

“Bila saya rujuk kepada ustaz, dia minta saya untuk ambil itu dengan tangan yang berlapis dan kumpulkan di satu tempat atau bekas, kemudian tutup.

“Selain itu, ada berlaku juga beberapa insiden lain termasuklah kaki staf saya bengkak-bengkak. Jadi, saya dan isteri tarik diri dari acara-acara berkaitan keusahawanan dan tidak membuka gerai jualan. Kami hanya buka perniagaan di rumah sahaja buat masa sekarang,” jelasnya lagi.

Cat turut meluahkan rasa bimbang kerana takut situasi mistik itu akan memberi tempias kepada hubungan rumah tangga mereka berdua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020
Featured Wed, 22 Mar 2023

[VIDEO] Nasihat Para Wanita Untuk Tak Mengungkit & Ikhlas Maafkan Lelaki, Netizen Kritik Watie Hanifiah – “Belum Kena Kat Batang Hidung…”

‘Kesabaran lelaki akan tercabar kalau kita mengungkit’ – Watie Hanifiah.. Ha apa pendapat korang?

Hiburan Wed, 16 Jul 2025
Hiburan Wed, 9 May 2018

Raih 90 Undi, Diva AA Tak Lupa Janji!

Siapa pun yang memimpin negara, ‘biaq pi’… yang penting kita semua sudah melalui peristiwa warna-warni sepanjang PRU-14.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli Bintangi Filem Raya ‘Tak Terjawab’, Timbalan Perdana Menteri Turut Buat Penampilan Istimewa Dalam Naskhah Sarat Emosi

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli menjadi tunjang utama filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul Tak Terjawab. Siap ada penampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air!

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

error: Content is protected !!