Euforia Bola 2026
Trending By: Azyan November 23, 2023 @ 10:58am

Jom Support Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 25 Nov Ni Dengan Memakai Warna Oren!

Wanita adalah insan istimewa yang memainkan peranan penting dalam masyarakat. Mereka lah ibu tercinta, saudara perempuan, pasangan dan kawan kita. Oleh itu, mereka harus disayangi, dihormati dan dilindungi daripada keganasan, kesakitan dan penghinaan.

Pada 25 November setiap tahun, seluruh dunia akan menyambut Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (International Day for the Elimination of Violence against Women – EVAW) untuk meningkatkan kesedaran tentang keganasan berasaskan jantina terhadap wanita. Malaysia pun tak terkecuali!

KPWKM siap menyerikan Menara KL dengan warna OREN pada malam 24 November

Sebagai simbolik permulaan kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) akan ‘menyirami’ Menara Kuala Lumpur dengan warna OREN pada malam 24 November ni.

Kenapa warna OREN? Buat pengetahuan korang, warna OREN adalah warna global tanda solidariti bagi menghentikan keganasan terhadap wanita.

Jom ramai-ramai pakai warna oren pada 25 November!

Jadi, macam mana nak tunjukkan solidariti dan sokongan korang kepada kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita? Mudah je!

Jom kita ramai-ramai sahut seruan KPWKM untuk bersama-sama memakai pakaian berwarna oren pada 25 November ni. Korang yang menjadi pemilik premis juga dialu-alukan untuk menghiasi premis korang dengan warna oren bagi menyokong kempen ni.

Jangan lupa muat naik OOTD berbaju oren tu tau! Letak hashtag sekali!

Pastikan korang masukkan hashtag #Hentikankeganasanterhadapwanita #EVAW #orangetheworld sekali tau masa muat naik OOTD tu supaya orang lain pun boleh ikut sama sokong kempen ini!

Bagi memastikan kempen ni berjaya mencapai matlamatnya, KPWKM juga menyarankan agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu untuk melaksanakan program kesedaran menghapuskan keganasan dan penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di peringkat akar umbi seperti di komuniti setempat, sekolah, universiti dan tempat kerja.

Mari kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan kempen ni. Hentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Sayangi dan jagalah wanita-wanita di sekeliling kita!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik SINI untuk ketahui info dan perkembangan terkini daripada KPWKM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022

Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Kalau dah jodoh baru kenal pun boleh terus kahwin, tapi cepat betul eh Azri Iskandar move on? 👀

Hiburan Sun, 30 Mar 2025
Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Featured Wed, 22 Oct 2025

Neelofa Pasang Target Hafal 70 Doa Nabi – “Kita Tak Pernah Lambat Untuk Mula”

Neelofa memaklumkan dia kini dalam proses menghafal beberapa doa yang diamalkan dan diajarkan oleh Nabi.

Trending Sat, 2 Nov 2019
Featured Wed, 18 Jun 2025

Ameerais, Mariam OIAM Berpadu Suara Dalam ‘Puaskah’

Lagu berkonsepkan balada pop ini menampilkan naratif menyentuh jiwa

Trending Mon, 19 Feb 2024
error: Content is protected !!