Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 23, 2023 @ 4:13pm

[VIDEO] Lebih Utamakan Kejayaan Peribadi Untuk Peminat, Ernie Zakri Tak ‘Kejar’ Gelaran Penyanyi Nombor Satu

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri mengakui tidak meletakkan target dalam kerjaya seninya untuk digelar sebagai ‘penyanyi nombor satu’.

Sebaliknya, jelas Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri ini dia hanya mahu mengejar kejayaan peribadi sebagai penyanyi, serta memberi kepuasan kepada peminat yang selama ini tidak henti menyokongnya.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, pelantun lagu popular Ku Bersuara ini berkata gelaran tersebut adalah satu perkara yang bersifat subjektif dan tertakluk kepada pendirian serta pandangan setiap individu.

“It’s not my aim to be you know like number one ke apa because pada saya dah nombor satu di hati peminat saya.

“Saya tahu peminat saya Ernienators merasakan ‘Kak Ninie number one!’, ye dik.. Memang akak nombor satu dihati adik-adik semua. Akak tahu dik.

“Jadi saya okay and it is not something yang saya kejarkan. Apa yang saya kejar adalah kejayaan peribadi saya untuk peminat-peminat.

“Perkara tersebut adalah subjektif orang nak kata kita nombor satu atau nombor dua, terpulang kepada mereka. Pada saya setiap penyanyi itu sudah berada di tempat mereka masing-masing,” katanya.

Ernie Zakri

Ernie berkata demikian ketika ditemu bual bersama OhBulan! menerusi YouTube ‘Show Dalam Bilik‘ yang baru disiarkan semalam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 ini meluahkan rasa kagum terhadap Ernie yang bijak dalam menyusun percakapannya itu.

Semasa artikel ini ditulis, video yang telah disunting oleh peminatnya itu meraih sebanyak 11,000 tontonan, 1000 tanda suka dan lebih 60 komen.

Artikel Berkaitan: Video Temu Bual Bersama Media Singapura Tular… Siti Nurhaliza Utamakan Kualiti Kerja, Kepuasan Hati Peminat – “Tangga Pertama Tak Penting”

Artikel Berkaitan: “Kenapa Terlalu Obses?” – Aubrey Suwito Komen Isu Peminat Rebut Gelaran Penyanyi Nombor 1

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Malu Peminat Berbalah – “Anak Seni Seperti Saya Perjalanannya Masih Jauh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Trending Tue, 31 Dec 2019

Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

Hari terakhir penghujung tahun 2019, maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak-kanak dapat dilihat, tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat anak […]

Hiburan Mon, 13 Nov 2017

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

Featured Thu, 12 Mar 2026

“Kalau Sekali Dua Lewat Tak Apa, Tapi Kalau Hari-Hari Itu Kurang Ajar” – Rosyam Nor Tegur Sikap Pelakon Datang Lambat

Pelakon versatile, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu pelakon yang didakwa datang lambat ke set penggambaran.

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Terpukau Dengan Aksi Roller Skating Eizlan Yusof

Fuhhh powernya! Ni kalau min ni mahu tergolek je..

Kes Mahkamah Wed, 12 Jun 2024

Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis 

Semoga kes ini berjalan lancar

error: Content is protected !!