Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 25, 2023 @ 5:18pm

Kapsyen ‘We Love You’ Undang Dakwaan Isteri Hamil, Ini Penjelasan Haqiem Rusli – “Saya Rasa Agak Annoying…”

Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli berkongsi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan yang kedua tahun bersama Anis Sofea dengan kapsyen ‘We love you’ telah mengundang dakwaaan isterinya sedang hamil.

Menurut Haqiem, dia menafikan dakwaan itu dan menjelaskan kapsyen tersebut adalah untuk memberitahu bahawa Sofea disayangi oleh semua orang disekelilingnya.

“Sofea tak hamil. Saya buat kapsyen ‘we love you’ tu maksudnya saya sayang dia, keluarga saya, keluarga dia sayang dia dan mereka (netizen) tak faham konteks tu.

“Saya nak dia rasa dia disayangi oleh semua,” jelasnya semasa ditemui di majlis sidang media Famili Duo 3 Di Roadshow OGAWA di KL East Mall, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sering diajukan soalan tentang dakwaan isteri hamil, Haqiem menegaskan untuk tidak mendengar khabar angin.

Malah, dia akui kurang selesa jika sering ditanyakan mengenai zuriat secara berhadapan.

“Jangan percaya cakap netizen. Kalau saya cakap baru perkara itu benar dan saya juga akan berkongsi sebab ia benda yang baik.

“To be honest, kalau orang tanya depan-depan tu saya rasa agak annoying kalau bertanya banyak kali soal anak. Itu semua rezeki Allah yang tentukan,” ujarnya.

Selama dua tahun mendirikan rumah tangga, dia akui banyak cabaran yang dihadapi namun dia berpesan kepada Sofea untuk tidak mengambil peduli dengan kecaman yang diterima.

“Sangat mencabar. Saya dah lalui benda ni (kecaman) dah lama dan Sofea baru lagi. Saya beritahu dia jangan risau, Haqiem sayang dan akan protect Sofea.

“Biarkan orang nak berkata apa asalkan mereka tidak bertindak secara fizikal atau maki hamun secara berdepan, tu saya tak okay. Kalau dalam social media ni, saya okay lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Trending Wed, 1 Aug 2018

Angka Meningkat, Penduduk Malaysia Kini 32.4 Juta

Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah jantina bagi 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.

Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Anna Jobling Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Proses Injunksi

Ibu mendedahkan punca menerima perintah injunksi adalah disebabkan pihak ketiga.

Trending Sun, 7 Jun 2020
error: Content is protected !!