Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 29, 2023 @ 7:13pm

Dedah Ingatan Pernah Terganggu Sampai Tak Kenal Isteri, Mawi Amalkan Minta Maaf Kepada Ekin Sebelum Tidur

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi memberitahu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya memohon maaf kepada isteri iaitu Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin pada setiap malam sebelum tidur meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Memetik laporan Utusan, amalan tersebut merupakan caranya untuk mengharga isteri yang setia bersama dan menjaganya semasa menghidap penyakit misteri beberapa tahun lalu.

Berkongsi detik sukar yang dilalui pada tahun 2013, Mawi dedah dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatakan menyebabkan menyepi dari industri seni selama lima tahun.

“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.

“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.

“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.

Menurut pelantun lagu Aduh Saliha ini, dia percaya sakit misteri itu merupakan ujian yang menguatkan lagi cintanya kepada isteri.

“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.

“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.

“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cahaya Malaika yang kini berusia 11 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Mungkin Bersatu Jika Ada Jodoh

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 29 Jan 2026

Netizen Persoal Adik-Beradik Anzalna Dapat Rezeki Kahwin Lelaki Kaya, Ini Jawapan Empunya Badan

Anzalna menjelaskan, setiap individu memiliki rezeki yang berbeza-beza.

Featured Tue, 4 Oct 2022
Trending Mon, 29 Aug 2022

Terpaling Juara: RM5,000 Milik Shaz, Tiada Penyingkiran… Ini Recap Konsert Kedua!

Konsert kedua Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga […]

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

error: Content is protected !!