Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 21, 2018 @ 3:08am

Feri Langkawi- Kuala Perlis Terkandas

Sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas lebih enam jam di beting pasir muara Kuala Perlis, kira-kira 0.8 batu nautika dari Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis, di sini, malam tadi.

Difahamkan, seramai 432 orang berada di dalam feri berkenaan.

Ketua Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Zakariah, feri berkenaan terkandas ketika menghampiri terminal Kuala Perlis kira-kira pada 8 malam dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Usaha memindahkan penumpang dan 12 kru feri dilakukan bersama pasukan Polis Marin, Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Hospital Tuanku Fauziah serta komuniti nelayan yang menggunakan bot sampan fiber yang diuruskan oleh syarikat pengendali feri itu.

“Bantuan makanan dan minuman ringan juga diberikan kepada penumpang yang terkandas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata proses pemindahan penumpang yang bermula pada 12.15 tengah malam, tamat pada 2.30 pagi tadi dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat.
Nurulazme berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian ialah kerana feri berkenaan tersasar dari laluan asal.

Katanya, keadaan cuaca agak baik pada waktu itu, namun keadaan hari yang sudah gelap serta angin agak kencang iaitu 14 knots, menyebabkan feri itu tersasar.

“Bagaimanapun punca sebenar feri itu terkandas masih belum dapat dipastikan, siasatan terperinci akan dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak Maritim Malaysia bersedia mengkoordinasikan Bantuan Bencana dan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut pada bila-bila masa.

Katanya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner […]

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Trending Fri, 1 May 2020
Featured Thu, 23 Oct 2025

Raf Yakob Setuju Kenyataan Raja Ilya, Suami Isteri Perlu Tahu Tanggungjawab Masing-Masing – “Ini Bukan Soal Siapa-Siapa, Tak Ada Orang Yang Sempurna”

Jelasnya, kunci utama kepada utuhnya sebuah perkahwinan itu adalah menjaga hubungan dengan Allah SWT, keluarga dan bersifat baik kepada semua.

Featured Mon, 4 Oct 2021

Rentas Negeri Dikhabarkan Bermula Jumaat Ini, Kadar Vaksinasi Dijangka Capai 90 Peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabru baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas negeri yang bakal bermula tidak lama lagi. Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi Menurut […]

Trending Tue, 17 Nov 2020
Kisah Viral Tue, 5 Dec 2023

Jumlah Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

Sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki

error: Content is protected !!