Hiburan By: Khairil Khusyairi December 1, 2023 @ 2:55pm

Pernah Lalui Fasa Sama, Linda Hashim Gembira Lihat Pasangan Selebriti Rujuk Semula Lepas Cerai – “Kami Harap Kami Jadi Contoh Pada Mereka”

Pelakon Linda Hashim memohon agar rumah tangganya bersama pelakon Beego terus dilindungi selepas berdepan episod keretakan rumah tangga sebelum ini.

Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim berkata, tiada apa yang perlu dikatakan lagi soal rumah tangganya dan kini mereka dalam baik-baik sahaja.

“Soal rumah tangga, apa yang tahu setakat itu sahaja lah, dah kembali bersama dan okey saja, Alhamdulillah. Apa yang saya boleh kongsikan, setakat itu sajalah.

“Tiada apa lagi yang saya nak katakan tentang rumah tangga saya. Sebelum itu (berpisah) tiada siapa yang tahu pun sebab memang tak cerita. Saya bukan begitu.

“Jadi bila orang dah tahu itu pun semasa kami rujuk semula dan kemudian itu sahaja apa yang saya ceritakan kepada umum. Alhamdulillah, doakan,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi detik-detik sukar yang dilalui itu, Linda mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada menjaja kisah tersebut kepada umum.

“Saya rasa ketika itu agak panas juga bila banyak kes mahkamah libatkan artis, saya juga mengikuti kes mereka. Saya rasa saya tak boleh hadap perkara yang mereka lalui.

“Sebenarnya, saya rasa ketika itu kalau boleh jangan ada gangguan, kita kena fokus. Itu adalah ketentuan hidup kita jadi kita tak mahu ada gangguan.

“Bila saya tengok Puteri Sarah, Diana Danielle saya rasa saya tak kuat dikerumuni dengan soalan-soalan berkaitan.

“Jadi lebih baik saya mendiamkan diri dan itu lebih baik pada saya. Kemudian saya hanya kongsi perkara yang baik sahaja,” kongsinya.

Dalam pada itu, Linda juga bersyukur apabila ada pasangan selebriti iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle turut membuat perkara sama dengan rujuk semula.

“Kami mendoakan, saya dan Beego juga mengharapkan mereka kalau boleh perbaikilah kerana masing-masing mempunyai anak-anak kecil.

“Kami mengharapkan kami menjadi contoh kepada mereka yang sedang melalui masalah keluarga. Saya dan Beego juga dalam industri, begitu juga mereka yang lain.

“Untuk sefahaman dalam industri ini tiada masalah, kita masih bersama. Saya ada sebutkan sesiapa yang mengalami situasi sama seperti kami fikirkanlah.

“Saya gembira perkara sama terjadi pada Diana Danielle dan Farid Kamil. Itu yang saya harapkan. Kita buang ego, duduk berbincang demi anak-anak dan berdoa,” katanya.

Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Makin Selesa Bergelar Penyampai, Muaz Kongsi Rahsia Cepat ‘Ngam’

Saya amat berterima kasih kepada AG kerana dia banyak membantu saya. Saya masih ingat di minggu pertama di PHD, adakala saya tersasul atau energy yang saya beri, tak seimbang, Dia bantu saya untuk mencari keseimbangan tersebut.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018
Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Hafreez Adam Dah Jumpa Keluarga Zara Zya

Dia nak terus bernikah. Saya belum terfikir ke arah itu tetapi saya pinta semua doakan agar hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

Events Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Tue, 1 Jan 2019

Dikritik Netizen Sebab Seksi, Apa Komen Ernie Zakri?

Hurm… ada-ada je tau netizen ni.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Wed, 23 Jun 2021

“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab. Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau […]

Featured Thu, 13 Oct 2022
Trending Fri, 1 Feb 2019

Google Dan Nasi Lemak, Apa Kaitannya?

Super cool! Google kini meraikan sarapan nombor satu rakyat Malaysia, Nasi Lemak!