Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 2, 2023 @ 4:52pm

BCL Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawardhana

Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Tiko Aryawardhana, petang Sabtu.

Menerusi video yang tular di TikTok, majlis perkahwinan balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu diadakan secara tertutup di sebuah resort mewah, Amankila, Bali.

Tampil anggun berbusana kebaya jawa, majlis tersebut dikhabarkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat pasangan itu .

Malah, ada juga peminatnya yang berkongsi momen ketika pasangan itu bergambar selepas usai upacara akad nikah mereka.

Terdahulu, agensi tempatan melaporkan majlis perkahwinan pelantun lagu Cinta Sejati itu telah dikawal ketat.

Bahkan, wakil media hanya dibenarkan berkumpul di lokasi beberapa meter daripada pintu masuk utama, lapor agensi.

Dalam pada itu, agensi turut melaporkan pakej pernikahan di resort mewah itu dianggarkan bernilai RM100,000 hingga RM600,000.

Sumber: TikTok @kiaisauraaa & BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Featured Tue, 27 Aug 2024

Fatin Afeefa Mahu Anak Jadi Penghafaz Al-Quran, Larang Terlibat Dalam Industri Seni – “Anak Saya, Suka Hati Saya Lah”

Alhamdulillah, kadanga-kadang mak-mak ni kena bertegas juga dengan anak-anak. Lebih lagi sekarang ni dah akhir zaman👏👏👏

Featured Wed, 30 Apr 2025

Backup Ameera Khan, Jefri Nichol Tinggal Komen Sarkastik

Nichol tampil memeprtahankan Ameera selepas kekasihnya itu menerima komen jelik.

Featured Wed, 2 Jun 2021

“Jangan Pilih Influencer Sebab Terkenal, Perlu Tengok Bakat ” – Osman Ali

Baru -baru ini tular di media sosial mengenai kritikan orang ramai terhadap seorang influencer yang menjadi heroin drama terbaru. Menurut pengarah filem, Osman Ali, bakat dan kredebiliti pelakon itu sangat penting namun beliau juga berpendapat […]

error: Content is protected !!