Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 4, 2023 @ 5:00pm

“Kalau Korang Maki Melayu, Siapa Lagi Nak Sokong!”- Amir Ahnaf

Bakat pelakon yang kini menyerlah, Amir Ahnaf semakin mendapat tempat dihati penerbit dan pengarah drama tempatan.

Justeru,  tidak hairanlah jika susuk tubuhnya kini menjadi bualan hangat netizen apabila kelihatan semakin susut dek kerana mahu menjiwai watak untuk karya terbaharunya nanti.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai pandangan peminat terhadap hero yang berwajah Melayu berlakon seperti kayu, pemenang Anugerah BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH 35) ini berkata, dia berasa kesal apabila ada pihak yang tidak henti-henti melabel pelakon Melayu sebagai kayu dan ‘cringe’.

Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya mempunyai pemikiran yang skeptikal terhadap rupa paras pelakon drama mahupun filem tempatan, kerana yang paling  penting adalah kualiti yang dibawakan oleh pelakon tersebut.

“I am very prepared for my next character. Actually saya sangat profesional dalam kerja saya. Saya akui ramai peminat di Malaysia ramai lagi yang tak familiar dengan muka Melayu. Dan bagi mereka yang suka kondem kata muka Melayu, cringe lah and so on… kalau game dekat Malaysia sebegitu rupa so apa kata kita ubah game (pemikiran) tu.

“Macam saya, saya akan fokus kepada kualiti, ada karakter of the character itself. Saya pun baru setahun jagung apa yang saya nak achieve adalah kepuasan dalam diri,” katanya ketika temu bual bersama program Melodi.

Meskipun tidak setuju dengan pendapat masyarakat yang melabel hero Malaysia tidak sesuai membawakan watak yang pelbagai, pemilik nama lengkap, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, bagaimanapun menepis pendapat itu apabila menganggap bakat baru yang hadir haruslah diberikan peluang untuk mewarnai industri seni tanah air.

“Just welcoming our new faces. Jangan terlalu agungkan muka yang handsome, muka yang pretty boys, kita naikkan muka Malaysia kita. Kalau kau orang maki Melayu siapa lagi yang nak naikkan Melayu,” jelasnya.

Terdahulu, nama Amir mula mendapat perhatian selepas dia tampil dengan watak Kahar menerusi drama Projek: High Council.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Sep 2018

Doktor Melecur Selepas Bilik Dibakar Pesakit Mental

Doktor lelaki berusia 50-an melecur 30 peratus di badan manakala jururawat berusia 30-an melecur lima peratus di bahagian muka dan badan.

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Kontroversi Video ‘Sp*nd*r Merah’ Diungkit Semula, Sharifah Sakinah Tenang Bidas Netizen – “Perjalanan Ini Mendidik Saya Jadi Matang”

Sakinah mengakui setiap pengalaman lalu banyak membentuk dirinya menjadi individu yang lebih matang.

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Featured Fri, 24 Feb 2023
Trending Fri, 5 Jul 2019

Baby named “Google” received gift from Google

Yup, you’re reading it right! The baby’s name is Google and yes, Google’s sent the family a present!

Eat Travel Wed, 12 Jun 2019
error: Content is protected !!