Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 12, 2023 @ 1:29pm

Tak Bolot Sendiri! Perlu Bayar Gaji Kru, Aina Abdul Jawab Dakwaan Bayaran Paling Mahal

Rentetan tular kenyataan individu yang mendakwa Aina Abdul dibayar paling mahal bagi menjayakan persembahan di majlis sebuah syarikat berbanding artis lain, penyanyi itu menegaskan harga yang ditawarkan adalah setimpal dengan titik peluh yang dikeluarkan.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) itu, dia dan kru sentiasa meletakkan kesungguhan yang tinggi dalam setiap persembahan dan melakukan persediaan sempurna.

Bagi Aina, setiap usaha dan kerja keras kru di belakang tabir adalah tidak percuma sebaliknya memerlukan kos.

“Sebenarnya, seorang Aina Abdul memerlukan persiapan yang berjam-jam, disiap rapi oleh team yang sangat perfectionist.

“Team yang menyiapkan Aina bukan sahaja melibatkan pakaian, tetapi tatariasnya, mikrofonnya, fotonya, videonya… the whole package. Nak membawa mereka ke tempat itu pun memakan kos,” katanya kepada XTRA.

Aina yang mara ke pentas Semi Final Muzik-Muzik 38 (SFMM38) dengan mempertaruhkan lagu Jangan Mati Rasa Itu, ditemui XTRA usai sidang media pengumuman 30 lagu yang bakal bersaing merebut 12 tempat ke AJL 38 Ahad lalu.

Meskipun segelintir netizen membuat andaian dengan menyelar harga persembahan Aina sebagai terlampau mahal mengalahkan artis veteran, pelantun lagu Sepi itu menjelaskan harga tersebut turut merangkumi gaji kru-kru yang bekerja untuknya.

Tidak ‘makan’ seorang, dia meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat saling berkongsi rezeki dengan pasukannya.

“Saya selalu cakap dengan team saya, ini periuk nasi bersama-sama, bukan periuk nasi saya seorang. Harga itu bukan untuk saya seorang tapi untuk team saya juga.

“Ini rezeki semua. Selagi saya bekerja, kita akan berkongsi rezeki bersama-sama,” jelasnya.

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my untuk mengetahui lagu mana yang bakal berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Sep 2018

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Tengok Selebriti Kita Ni Beraksi!

Jangan lupa saksikan Celebrity Fitness Hustle Hunt pada setiap minggu hanya di tonton dan saluran feel it ntv7 anda!

Featured Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Wed, 1 Jun 2022
Featured Wed, 24 Sep 2025

Kolaborasi Aisha Retno, Ade Govinda Sarat Dengan Emosi, ‘Semoga Saja’ Rai Rasa Kehilangan

Tidak seperti kolaborasi sebelum ini, Semoga Saja hadir dengan nuansa lebih segar

Featured Fri, 14 Nov 2025

Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

Perkongsian foto sama antara penyanyi popular, Malique Ibrahim dan Zizi Kirana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Featured Mon, 12 Jan 2026

Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

Netizen menyuarakan harapan agar Noh Salleh tampil membuat versi ‘remake’ lagu ikonik, Kau Mawarku bersama Biduanita Negara itu.

error: Content is protected !!