Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 13, 2023 @ 9:36am

Incubus Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Konsert Jelajah Asia 2024

Kumpulan rock popular sekitar 90-an, Incubus bakal menggegarkan Malaysia untuk konsert Asia Tour 2024 yang bakal berlangsung pada 27 April depan.

Merupakan band rock yang membawakan campuran genre muzik seperti metal, funk dan hip hop, maka tidak hairanlah jika kumpulan ini antara yang pernah mencapai kejayaan luar biasa dengan meraih  lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia, sekaligus dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades.

Menurut CEO dan Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, konsert yang dibawakan istimewa oleh Hitman Solutions ini adalah khas buat peminat setia mereka di sini.

“Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus untuk persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024.

“Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran. Oleh itu, kami bertungkus
lumus demi memuaskan hati peminat tempatan dengan membawakan mereka untuk menyanyi bersama beberapa lagu klasik seperti, Drive, Wish You Were Here dan kegemaran peribadi saya, Pardon Me,” katanya.

Sekadar info, Fly FM dan Hot FM merupakan rakan radio rasmi bagi konsert Incubus Asia Tour 2024,

Jualan tiket konsert Incubus Asia Tour 2024 akan bermula pada 7 Disember 2024 pada jam 12 tengah hari. Ia dibahagikan kepada 3 zon utama, CAT 1 – VIP Seating (RM299),
CAT 2 – Normal Seating (RM249), Rockzone – Free Standing (RM249) di www.hitmanlive.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jul 2025
Featured Fri, 23 Aug 2024

“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

Sebaknya! Yang mana masih ada mak… tak kisahlah ibu tunggal atau tak, tolonglah jangan abaikan mereka! Setiap saat tu sangat berharga😭❤️

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Sudah Bergelar Bapa, Uniknya Nama Anak Baim Wong!

Tahniah Baim Wong & Paula atas kehadiran cahaya mata sulung!

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Katanya “Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal,”

Featured Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!