Trending By: Syamir Shafie December 14, 2023 @ 1:15pm

“Hangus Tiket RM70… Last-Last Bertenggek Kat Tangga Simen” – Peminat Pertikai Pengurusan Stadium, Gesa Menteri Belia & Sukan Ambil Tindakan

Ramai peminat yang menyaksikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat lalu kecewa dengan pengurusan stadium yang tidak sistematik dan huru-hara.

Rata-rata peminat yang hadir tidak berpuas hati kerana mereka telah membayar tiket dengan harga yang mahal tetapi mendapat layanan yang teruk.

 

Memetik laporan Harian Metro, antara kes yang berlaku termasuklah tiket (elektronik) tidak diimbas dan tiket fizikal dijual beberapa kali sehingga ada kes pemilik tiket tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tiket sudah diimbas dua kali.

Bukan itu sahaja, malah peminat juga berang dengan tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya mengambil tempat duduk orang lain.

Kesannya, pemilik asal tempat duduk tersebut akhirnya terpaksa duduk di tangga simen walaupun sudah membeli tiket yang mahal.

“Betul… Benda ni i penah kena, seat i dah ada org amik,tnya marshall dia ckp free seating !! Numbering kt seat utk apa,byar ticket mahal tbe2 free seating pulak…,” komen warganet.

“Saya beli tiket RM70, total habis RM500 untuk satu keluarga saya. Masuk pukul 7 malam, last-last duduk atas tangga simen belakang skrin besar. Anak-anak semua tanya kenapa duduk atas tangga…
Aku jawab ini rezeki kita untuk malam ni,” luah pengguna media sosial.

Ramai yang berbalah dan terpaksa duduk di tangga simen gara-gara masalah tempat duduk dan telah menyukarkan pergerakan orang ramai yang perlu melalui tangga tersebut.

Ekoran isu pengurusan yang lemah berkenaan, orang ramai berharap agar Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Datuk Hans Isaac menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020
Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul

Drama Sat, 10 Dec 2022

Gara-Gara Penonton Benci Watak Halijah Dalam Rindu Kasih TV3, Fazlina Ahmad Daud Kena ‘Serang’ Peminat!

Pelakon Fazlina Ahmad Daud menjadi sebutan ramai selepas karakter Halijah yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 berjaya ‘menyakitkan’ hati penonton. Akibat watak yang menjengkelkan itu, terdapat segelintir individu yang berani menyerang […]

Trending Fri, 6 Jul 2018

Yahoo! Chatime Selamatkan Pekerja Tealive

Chatime Malaysia telah menawarkan untuk menggaji semula pekerja yang ditamatkan serta-merta dimana Chatime teringat akan kesannya terhadap kehidupan perkerjaan dan pemilik kedai.