Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 14, 2023 @ 4:41pm

#SFMM38: Syarikat Rakaman Beri Penjelasan Mengapa Nadeera Dipilih Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Astana

Isu lagu Astana milik penyanyi, Ernie Zakri yang berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-38 menjadi persoalan ramai setelah pengumuman lagu tersebut bakal digantikan oleh penyanyi, Nadeera.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rocketfuel Entertainment telah memuat naik satu kenyataan rasmi berhubung isu lagu Astana di SFMM38.

Menurut pihak syarikat rakaman tersebut, Rocketfuel Entertainment menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan penyanyi asal lagu Astana serta yakin Nadeera mampu membawa lagu tersebut dengan cara tersendiri.

“Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu ‘Astana’.

“Penyanyi Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan yang dilakukan bagi meneruskan pertandingan ini.

“Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu ‘Astana’ dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya.

“Sekali lagi, pihak Rocketfuel Entertainment sangat berterima kasih dan menghargai segala usaha para peminat lagu ‘Astana’ yang tidak henti-henti menyokong sejak terlancarnya lagu ini lantas berjaya dan layak ke pentas SFMM38,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan rasmi yang sama, pihak Rocketfuel Entertainment turut menjelaskan lagu Astana telah dicalonkan untuk program Muzik Muzik pada Februari 2023, iaitu semasa Ernie masih lagi di bawah naungan syarikat rakaman tersebut.

Link kepada pencalonan program muzik muzik tersebut akan disertakan di sini. (attach link)

Selain itu, Rocketfuel Entertainment berkata pihak mereka bersikap terbuka untuk bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak untuk membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya asli mereka di pentas SFMM 38.

Sebelum ini, Ernie menafikan dia tidak mahu menyanyikan lagu Astana atau menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: “Tak Pernah Cakap Saya Tak Nak Nyanyi Atau Tarik Diri, Namun…” – Isu Lagu Astana, Ernie Zakri Buka Mulut

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Artikel Berkaitan: Peminat Teruja Konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) Live In Singapore Bakal Tampilkan Ernie Zakri! – “Mimpi Jadi Realiti”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih Utamakan Kejayaan Peribadi Untuk Peminat, Ernie Zakri Tak ‘Kejar’ Gelaran Penyanyi Nombor Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

“Walau Kita Tak Pernah Kenal & Jumpa, Masa I Kena Covid You Usaha Cari I…” – Rebecca Al Islam Sebak Kenang Kebaikan Siti Sarah

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad meluahkan rasa sedih selepas mengetahui berita pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Menurut Rebecca, dia dan Sarah saling tidak mengenali secara rapat dan tidak pernah berjumpa. ARTIKEL BERKAITAN: Siti […]

Featured Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

晒与3已故巨星合照 王杰:只剩下我一个了

歌手王杰近日无故被网友咒骂,13日在公开私讯截图并表示要提告该网友后,14日一早却突然将过去所有微博贴文删除,仅留下一则名为「我对得起自己」的网志文章。同日晚间他突然晒出一张​​与梅艳芳、张国荣及陈百强的合照并表示“这张照片四个人之中,只剩下我一个了,一个人会很孤独寂寞的…”

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Trending Mon, 1 Jun 2020
Featured Mon, 25 Jul 2022
Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu