Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari December 14, 2023 @ 6:17pm

“Biar Allah Ja Balas, Taubatlah!” – Jadi ‘Panas’ Dengan Isteri, Dapat Mimpi Pelik… Usop Dedah Terkena Sihir Pemisah

Penyanyi Usop mendedahkan bahawa dia dan isterinya terkena sihir pemisah yang dihantar oleh orang terdekat.

Menerusi temu bual Melodi, dia berkongsi menjadi ‘panas’ dan bergaduh dengan isterinya malah turut mendapat mimpi yang pelik.

“Saya kena dengan bini saya. Saya pelik… kitorang ada buka kedai, kedai alhamdulillah mula-mula memang ramai. Selepas isteri saya bersalin, kedai saya drop. Sales saya drop, kitorang bergaduh dekat dalam kedai. Lama jugak la.

“Saya jadi macam tengok bini saya jadi rasa panas padahal benda sikit ja pun. Bini saya pun ada mimpi pelik-pelik, bangun-bangun ada lebam. Astaghfirullahalazim.

“Beratlah jugak. Saya tak nak cerita lebih-lebih. Saya tak pernah kacau orang, cari masalah dengan orang, tak pernah gaduh dengan orang tapi saya pelik kenapa orang tak puas hati dengan saya. Apa masalahnya? Kalau tak puas hati hang cakap,” katanya.

Bukan itu sahaja Usop memaklumkan bahawa dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan hairan apabila disihir namun kini sudah beransur pulih.

“Alhamdulillah dah berubat. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tak berani tak taulah apa yang orang tak puas hati dengan saya. Kalau saya dan bini saya ada salah, kami minta maaf. Apa-apa kalau tak puas hati mai jumpa depan.

“Saya ni nampak ja lawak tapi nak tau lebih lanjut mai la rumah. Malaysia ada undang-undang, saya pun ada lawyer kita boleh lawan dekat court,” ujarnya.

Namun begitu, pelantun lagu Selamanya ini mengenali individu yang menghantar sihir kepadanya malah pernah bekerja bersama dan dianggap sebagai sahabat.

“Sebenarnya saya tau. Dia hilang terus tapi ustaz cakap orang tu tak tahu hilang mana. Saya pun dah lama tak jumpa dia. Saya takmau pi cari, kita ada Allah dan agama, biar Allah yang balas. Saya ni ramai ja orang tak puas hati tapi saya tak buat apa pun.

“Nak cakap saya berjaya macam orang lain saya belum berjaya lagi. Saya dapat tau orang tu orang terdekat pernah bekerja dengan saya pernah tidur sebantal dengan saya. Saya jadi macam kenapa? Apa aku buat dekat dia? Apa isteri aku buat dekat dia?

“Masa tu isteri macam kena rasuk tau dia cakap ‘aku nak bunuh hang’ saya terkejutlah, nak balas pun tak boleh nanti jadi kes polis pulak. Biar Allah ja balas, aku tak boleh balas satgi jadi lagu lain. Pada orang tu, saya nak cakap satu ja… kita tak selamanya hidup dalam dunia ni, esok hang mati sama jugak. Taubatlah!” luahnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Al-Fatihah…Bapa Wak Doyok Sudah Tiada

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga Wak Doyok. Semoga dikurniakan kekuatan untuk menempuh ujian ini.

Trending Mon, 17 Dec 2018

“Ini Last Race Aku” – Pelumba CP150 Hafiz Temui Ajal Di Litar Lumba

Hajat Allahyarham untuk membawa orang tuanya melakukan ibadah umrah tidak kesempaian.

Featured Mon, 18 Dec 2023
Trending Thu, 30 Aug 2018

Penangan Sushi Korea, Tangan Warga Emas Kudung?

Selepas menahan sakit selama 25 hari, pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput.

Featured Tue, 14 Apr 2026

Dalam Duka Kehilangan, Bapa Pelajar Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Reda Ketentuan Takdir – “Saya Maafkan Guru Itu”

Bapa Nur Fatimatul Hawa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Diangkat Dari Kisah Benar, Filem Sayap-Sayap Patah Hampir Tidak Diterbitkan

Korang jangan lupa tengok! Sediakan tisu okay..😢

error: Content is protected !!