Hiburan By: Padin December 16, 2023 @ 6:48pm

#SFMM38: Dituduh Saban Tahun Layak Atas Tiket Lagu Sendu, Peminat Macam Tak Wujud… Ini Respons Shiha Zikir: “Apa Yang Mereka Cakap Tu Betul”

Penyanyi jelita, Shiha Zikir enggan mengambil endah kecaman atau kritikan warganet apabila namanya didakwa saban tahun layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM).

Menurut pelantun lagu Tusuk dan Kalam itu, dia tahu mengenai dakwaan berbaur negatif terbabit di laman sosial X namun dia berlapang dada dan memilih untuk menerima setiap komen buruk dengan hati terbuka.

“Ada orang tunjuk pada saya mengenai ciapan di X. Tapi, sekarang ini, secara jujur, saya terbuka dengan komen-komen orang sebab apa yang mereka cakap itu betul. Pertama dia cakap saban tahun masuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Sebenarnya, bukan saban tahun. Kali pertama saya masuk pun sebab saya ganti Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi 7 Nasihat. Sebelum itu, lagu-lagu saya sebelum ini hanya berjaya di peringkat separuh akhir saja.

“Selepas 7 Nasihat, baru ada tuah untuk menyertai AJL menerusi AEWO bersama Noki K-Clique. Seterusnya, lagu Irama yang bersaing tahun lalu. Itu saja, baru dua lagu. Bukan macam artis lain yang sudah berapa kali masuk dan menang, saya tak menang pun, cuma Irama menang Persembahan Terbaik di AJL37.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Seterusnya dia cakap akaun Instagram saya megah dengan pengikut tapi ‘engagement’ kurang. Betul, saya tidak cakap dia salah. Cuma bila orang tanya jawapan saya apa, saya tak boleh jawab sebab itu semua di luar kawalan saya.

“Saya tak pernah beli ‘like’. Kalau nak beli ‘like’, boleh sahaja, tetapi untuk apa? Konsep saya sama, dari dulu sampai sekarang, saya lebihkan kualiti dari kuantiti, bermaksud kalau saya di pentas, saya akan buat sehabis baik,” katanya.

Shiha ditemui XTRA usai hari pertama persaingan SFMM38 yang berlangsung semalam.

Pelantun lagu Bagai Novel Cinta itu menjawab mengenai satu ciapan oleh pengguna laman X yang mempertikaikan kelayakan seorang artis untuk menyertai SFMM dan AJL. Biarpun ciapan itu tidak menyebut sebarang nama, warganet lain telah memetik nama Shiha.

Tambah Shiha, dia memahami individu yang gemar memberi komen sebegitu adalah mereka yang mempunyai banyak masa lapang.

Namun begitu, Shiha tetap bersyukur biarpun dihujani dengan komen sedemikian, rezekinya tetap terus ada dalam bidang seni, terutamanya bidang muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Alhamdulillah rezeki saya sentiasa ada tanpa memerlukan saya buat sesuatu yang bukan diri saya. Saya tidak reka kontroversi untuk menaikkan nama saya, cuba tengok dari dulu sampai sekarang, saya tidak pernah buat kalau wujud pun saya selesaikan dengan cepat.

“Saya tidak ambil hati dengan komen negatif. Kalau dulu mungkin ya, tapi sekarang, saya nak kecil hati pun buat apa? Kalau saya nak ikut hati, rasa rugilah. Sebab saya hargai mereka yang undi lagu saya dari zaman lagu AEWO lagi, termasuk lagu Tusuk dan Kalam yang berjaya ke SFMM38.

“Saya harap mereka tak buat pada artis lain sebab tidak semua orang ada mental yang kuat. Kalau orang itu sedih dan tertekan, kasihan. Sebab saya pun ada ‘anxiety’ sebelum ini, itu sebab saya cakap kalau dulu mungkin saya sedih. Cukuplah dulu saya terasa, sekarang cakaplah apa nak cakap, janji saya buat yang terbaik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱

Hiburan Tue, 19 Mar 2024

[VIDEO] “Mencintai Tak Semestinya Memiliki” – Putus Cinta, Amelia Christie Menangis

Cantik, baik, lemah lembut.. Untung siapa dapat Amelia 🥰

Trending Sun, 23 Jun 2019
Featured Mon, 30 Aug 2021

Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. yang merupakan defendan keempat dan kelima disaman oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnah beliau di laman media sosial Instagram memasuki fasa baharu […]

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Jonghyun’s Song ‘Moon’ Will be Sent to the Moon!

What a way to commemorate the late singer.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Tidak Terkesan Dengan Video Sindir Neelofa” – Fazura

Bagi Faz, beliau enggan mempedulikan isu tersebut dan menganggap andai sindiran itu berbentuk provokasi bertujuan untuk mengusik emosinya, beliau sama sekali tidak terkesan langsung

Selebriti Tue, 12 Sep 2023