Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 19, 2023 @ 5:56pm

“Apa Masalah Kau! Bukan Aku Suruh Dia Selak Kain”- Aliff Syukri Tegur Netizen Isu Tak Puas Hati Ambil Ira Kazar Jadi Model

Demikian respons usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri selepas ramai pihak mengkritik tindakannya apabila menawarkan pekerjaan sebagai model kepada isteri pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar disaat namanya menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Menurut Aliff atau nama penuhnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 36, netizen patut memandang perkara itu daripada sudut positif sekaligus tidak menyalahkannya di atas keputusan yang diambil.

“Aku bayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat puluh juta, ada orang pandang? Sebab tu aku kata jangan pandang komen negatif kalau aku tak ambil nama yang kau orang sebut dan buruk-burukkan tu, dia orang tak ada job macam mana? Dia buat benda tak elok macam mana?

“Bukan aku suruh dia selak kain, aku suruh dia post jadi model. Apa masalah kau!

“Jadi kepada anda, jangan nak buat benda yang sia-sia kata saya ambil selebriti yang bad marketing. Habis saya ambil Erra Fazira, Fasha Sandha tak nak pula kau viralkan. Itulah masalah kau sebenarnya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Aliff juga tidak kisah sekiranya orang ramai mahu memboikot produk keluarannya.

“Kakak, abang saya minta maaf banyak-banyak jika apa yang saya katakan ni terkasar bahasa. Kita ni sebenarnya, kalau awak fikir negatif akan jadi negatif. Begitu juga sebaliknya.

“Kalau awak nak tahu, selebriti yang saya ambil adalah benda yang dipersetujui dan saya tidak ada kena mengena dengan mereka.  Saya hanya jual barang saya dan saya tidak pernah menyuruh anda menyokong mana-mana pihak.

“Kalau nak beli alhamdulillah. Kalau tak nak beli pun it’s okay! Saya takkan paksa anda,” jelasnya.

Terdahulu, pelantun lagu Abang Nak Tegur ini pernah didakwa sengaja mengeksploitasi Ira dalam sebuah video solidariti kepada rakyat Palestin.

Menerusi video tersebut,  transisi wajah Ira acap kali dipaparkan sambil menununjukkan corak tudung keluaran produk usahawan itu.

Artikel Berkaitan: Buat Video Sedih Berarak, Berkaki Ayam Tanda Sokong Palestin, Aliff Syukri Dikecam ‘Eksploit’ Ira Kazar Promosi Tudung

Artikel Berkaitan: Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Artikel Berkaitan: “Mak Bapak Aku Kau Jangan Main!” – Individu Komen Celupar, Meerqeen Hilang Sabar! Bertegas Tak Nak ‘Menunjuk’ Ada Beri Bantuan Pada Palestin

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Tue, 17 Aug 2021

“Mohon Doa Kalian Untuk Mama Saya”- Ibu Elyana Disahkan Positif Covid-19

Umum maklum keadaan kesihatan penyanyi Elyana yang kini menghidapi kanser limfoma tahap keempat. Sedang berjuanh melawan penyakit, Elyana sekali lagi berdepan dengan ujian apabila ibunya pula disahkan positif COVID-19. Menerusi laman Instagram, Elyana memaklumkan berita […]

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Featured Thu, 5 Dec 2024

Nora Ariffin Kongsi Foto Pertemuan Dengan Peguam – “Niat Untuk Burukkan Nama Baik Seseorang Adalah Perkara Serius”

Penyanyi Nora alhirnya tampil memberikan respons susulan tuduhan ditnah keatasnya.

Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Hiburan Thu, 4 Jul 2024

JAIS Arahkan Ustaz Don Tidak Bersiaran Di Stesen Radio

Semoga semuanya dipermudah buat Ustaz Don

error: Content is protected !!