Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 19, 2023 @ 7:11pm

#AJL38: Vokal Semakin Merdu, Nabila Razali Tak Nak Ingat Trauma ‘Terkucil’… Menangis Pertama Kali Nyanyi Lagu Sendiri Di Pentas Berprestij

Penyanyi, Nabila Razali mengakui tidak dapat menahan tangisan selepas diumumkan berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 menerusi lagu Selagi Ku Ada bersama rakan duet, Khai Bahar.

Pertama kali melayakkan diri ke anugerah berprestij, Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali terharu dan tidak dapat mengawal perasaan mengenangkan perjuangannya dalam industri seni selama ini.

“Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke pentas SFMM menyanyikan lagu sendiri. Sebelum ini hanya lagu saya yang layak ke SFMM tetapi dinyanyikan oleh penyanyi lain.

“SFMM 38 kali ini saya sendiri yang menyanyikan lagu nyanyian saya bersama Khai Bahar tanpa sebarang penyanyi gantian sebab itulah saya menangis.

“Tak tahu nak cakap macam mana, perasaan itu bercampur baur dan tentunya saya gembira sangat.

“Alhamdulillah, berkat usaha semua orang yang terlibat lagu duet saya dan Khai Bahar berjaya mara ke AJL38,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Sementara itu, pelantun lagu Pematah Hati ini turut mengucapkan terima kasih kepada guru vokal, Shaffiq Erwin yang banyak membantu dalam memperbaiki vokalnya.

“Saya tak mahu ambil kredit ke atas diri saya seorang, sudah tentu kredit itu diberikan kepada guru vokal saya Shaffiq Erwin.

“Tidak lupa juga kepada pasukan saya yang sentiasa menjaga kesihatan saya baik dari segi makan minum saya dan sebagainya.

“Pada saya, saya tak mahu momentum nyanyian saya berubah. Saya nak momentum itu sentiasa meningkat dan Alhamdulillah kualiti nyanyian saya lebih baik dari sebelum ini dan mendapat pujian.

“Insya-Allah, ia akan terus diperbaiki lagi pada masa akan datang,” turutnya lagi.

Nabila Razali

Dalam masa yang sama, Nabila tidak mahu mengingati peristiwa pahit atau trauma saat nyanyiannya terkucil ketika menyanyi secara langsung.

“Tipu kalau saya kata tak trauma tapi saya cuba ketepikan perasaan itu. Past is past, saya fokus dengan lagu ni sebab lagu ciptaan Amelyea Azizan ini sangat bagus.

“Dengan adanya Khai Bahar yang sangat memberi sokongan, serta suami tersayang, Nik Iruwan yang juga memberi dorongan untuk menyanyi,” ujarnya.

Nabila berkata demikian ketika di temui usai pengumuman 12 finalis AJL 38.

Selain pasangan duet Nabila Razali dan Khai Bahar, 11 finalis AJL 38 yang lain adalah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Naqiu (Santai), Ziana Zain dan Hasif upin (Waktu), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Aisha Retno (Sutera), Amir Jahari (Hasrat), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma) antara yang berjaya melayakkan diri ke AJL 38.

Artikel Berkaitan: “Suami Minta Pergi Banyak Kelas Nyanyian” – Mahu Karier Terus Berkembang, Nabila Razali Syukur Miliki Suami Yang Memahami

Artikel Berkaitan: Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Marsha Milan Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38… Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL38!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

IZREEN AZMINDA NAIK ‘HANTU’

Sebelum Amar menikahi Amyra, Izreen dan Amar menjadi bahan gosip dan usikan netizen sebagai teman mesra.
Jadi, apabila gambar membandingkan wajah anak Izreen ketika bayi dengan anak Amar  yang kononnya seiras, apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh si pengirim?

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Suami Tak Cari Lain? Ini Tips Nora Jaga Rumah Tangga

Tips berguna buat para isteri diakhir zaman ni. Suami? Jangan pernah lupa tanggungjawab juga okay!

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
FESYEN Tue, 17 Sep 2019

Biji Biji x TSyahmi, The First Ever Fashion Collection In Malaysia To Preserve Sustainable Designs

The collaboration between Biji Biji, Tsyahmi, and Nakakoma Orimono injects a fresh take on sustainable fashion.

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Seriuslah…Ada Lagi Ke Filem Macam Ni Zaman Sekarang?

Tepuk dada tanya selera lah okay!