Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 20, 2023 @ 12:18pm

Ubat Rindu Peminat, Konsert Reunion Hyper Act 15 Years Journey Jadi Buah Tangan

Kumpulan Hyper Act bakal mengadakan Konsert Reunion Hyper Act 15 Years Journey di KWC StarXpo, Kuala Lumpur, pada 3 Februari 2024.

Terdahulu, kumpulan Hyper Act pernah dianggotai oleh Ronnie Hussein, Kecik Ogie dan Labib.

Kini, kumpulan itu dianggotai oleh, Firman Bansir, Toy Nizam, Freddy , Etan dan Ejam.

Namun, konsert anjuran Redvena Musix dan Talent Toy Production itu bakal menyatukan semula ke semua ahli anggota yang pernah bersama kumpulan yang terkenal menerusi lagu Harapan itu.

Menurut Toy, idea untuk mengumpulkan semula ke semua ahli kumpulannya itu tercetus selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa tahun yang lalu.

“Idea ini tercetus selepas tempoh PKP. Bila dah ramai yang buat konsert tu, saya pun macam terfikir adakah Hyper Act pun boleh buat konsert.

“Jadi, saya pun hubungi Ronnie dan Kecik dengan ahli yang lain untuk berkumpul bersama demi konsert ini. Alhamdulillah, mereka semua setuju,” katanya.

Meskipun sudah beberapa kali menukar ahli kumpulan, Toy menyatakan segala urusan pujuk memujuk untuk menyatukan kembali setiap anggota berjalan dengan sangat mudah.

Tambah Ronnie, dia amat berbesar hati untuk bersatu kembali dengan kumpulan tersebut dan berjumpa dengan beberapa ahli baru.

Malah, dia tidak rasa tercabar untuk beraksi sepentas dengan vokalis yang pernah menggantikannya, Kecik dan Firman.

“Pada saya, Hyper Act ni bukan individu, dia satu kumpulan. Untuk kita rasa tercabar tidak timbul pada diri saya sebab masing-masing ada kekuatan dan peminat masing-masing.

“Masing-masing pun ada lagu yang popular dengan Hyper Act. Jadi, idea konsert reunion ni adalah gabungan yang menyeronokkan apabila semuanya bersatu demi peminat kami,” jelasnya.

Kecik berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berganding dengan Ronnie memandangkan dirinya membesar dengan lagu-lagu kumpulan itu sebelum menyertai kumpulan tersebut.

“Bagi saya pula, saya membesar dengan lagu Hyper Act juga. Ketika itu Ronnie masih dalam kumpulan ini dan saya dengar lagu-lagu mereka,” katanya.

Orang ramai boleh membeli tiket Konsert Reunion Hyper Act 15 Years Journey dengan harga bermula RM115 sehingga RM295 di www.ticket2u.my, sejak 24 Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

《国民女神》特别企划全面招募中!打造 POTV大马国民女神

POTV《国民女神》特别企划全面招募中!寻找自信和魅力的你,展现最真实的一面。

Featured Thu, 25 Mar 2021

Lebih 7,000 Permohonan PKS Diluluskan

Sebanyak 7,205 permohonan telah diluluskan bawah skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) setakat 13 Mac lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keutamaan diberikan […]

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

8 REASONS WHY WE WILL ABSOLUTELY MISS JONGHYUN

Kim Jonghyun of SHINee passed away on December 18, 2017 after apparent suicide. We will miss him terribly.

Hiburan Sun, 3 Nov 2019

Sarah Hildebrand Sah Isteri Kepada Otto Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Sarah dan semoga kekal hingga ke Jannah!

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Uma Thurman, Angelina Jolie “Mangsa” Gangguan Seksual Penerbit?

Nak menjadi popular bagi seseorang individu yang baharu mengenal dunia hiburan bukannya satu perjalanan yang licin. Tidak dinafikan ada berlaku gangguan seksual oleh sebilangan penerbit yang mahu mengambil kesempatan

Featured Fri, 28 Jun 2024
error: Content is protected !!