Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 24, 2018 @ 1:53pm

Pemandu Grab Meninggal Dunia, Dipercayai Dijerut

Al- Fatihah buat pemandu grab, Aiman Nosri yang ditemui mati di dalam kereta miliknya, malam tadi.

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan Taman Selayang Baru apabila mangsa ditemui pada pukul 8.20 malam dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihak polis menerima aduan daripada bapa tiri mangsa yang mengatakan kereta lelaki itu ditemui di kawasan letak kenderaan Taman Selayang Baru.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama pengadu ke lokasi sebelum menemui mangsa dengan kesan melecet pada lehernya.

“Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan polis menjumpai dua buah telefon bimbit, namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan polis,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Semoga Semua Ibu Tunggal Terus Kuat, Anda Insan Luar Biasa”- Fazura

Memilih ketenangan berbanding ‘drama’ bukanlah satu kelemahan sebaliknya itu adalah tanda untuk tumbuh lebih cemerlang.

Trending Wed, 5 Aug 2020

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Korang yang nak buat rayuan, pastikan cukup syarat-syarat ni

Trending Sat, 17 Jul 2021

“Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan respons terhadap isu panas yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dan pendakwah Ustaz Ebit Lew. Berharap agar perselisihan faham ini dapat […]

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Featured Fri, 3 Feb 2023
error: Content is protected !!