Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 3, 2024 @ 12:55pm

Ronda-Ronda Tahun Baharu Bertukar Tragedi, Gadis Tingkatan 1 Dirog*l Di Sawah Padi Kemudian Kena Tinggal Tepi Jalan

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan merogol seorang gadis pada ambang tahun baharu.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang baru berusia 13 tahun itu telah menjadi pemuas nafsunya di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.

Pada awalnya, suspek membawa mangsa keluar bersamanya dengan menunggang motosikal tanpa pengetahuan keluarga gadis malang itu.

“Mangsa dikatakan keluar dengan suspek menaiki motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu untuk bersiar-siar di sekitar Besut dan Pasir Puteh sempena tahun baharu,” ujar Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria.

Tanpa diduga, suspek yang kemudiaannya membawa mangsa ke sawah padi bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk itu.

Lebih menyayat hati, mangsa ditinggalkan besendirian di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang.

Usai keluarga mangsa membuat laporan, polis terus menggiatkan usaha menjejak pelaku.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya memberkas suspek jam 1.00 tengah hari pada semalam dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur,” katanya.

Remaja lelaki itu gagal meloloskan diri ke ibu kata serta berjaya ditangkap polis ketika dia berada dia dalam bas di Bentong, Pahang.

Suspek akan ditahan reman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 May 2023

Salute! Netizen Puji Tindakan Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Ni lah namanya teamwork! Sentgiasa menghargai antara satu sama lain😍

Featured Tue, 5 Apr 2022
Trending Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Netizen Kecam Aina Abdul Tak Batal Konsert.. Rupanya Ada Yang Tak Tahu Sebahagian Jualan Tiket Disumbangkan Untuk Palestin

Orang cakap, kaji dulu sebelum nak serang! Aina siap lancarkan sumbangan lagi tau sewaktu ANWAA 3.0

Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Thu, 10 Aug 2023

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

‘Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing’ – Shila Amzah

Hiburan Wed, 27 Aug 2025
error: Content is protected !!