Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 3, 2024 @ 2:51pm

Lebih Sebulan Kahwin, Amylea Akui Tak Susah PJJ Dengan Suami – “Kami Selalu Buat Panggilan Video Setiap Jam”

Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan menyifatkan perhubungan jarak jauh atau PJJ bersama suaminya, Mohammad Aqbar atau Ash tidaklah susah seperti yang dibayangkan.

Bercakap kepada XTRA, Amylea mendedahkan dia dan suaminya yang juga seorang anggota bomba di Singapura itu sering membuat panggilan video setiap satu jam.

“Tak susah berjauhan, saya bersyukur, ada orang ambil masa yang lama untuk berjumpa, ada juga yang tiada cuti seperti bertugas di lautan contohnya.

“Ibu bapa saya juga pernah berjauhan demi kerja ketika saya masih kecil. Zaman itu lagi sukar sebab cuma ada telefon awam saja untuk berhubung.

“Sekarang saya tidak rasa ketinggalan sebab suami saya selalu buat panggilan video setiap jam kalau dia ada masa lapang,” katanya.

Tambah pelantun lagu Kendati itu lagi, dia mengakui hubungan jarak jauh ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

“Bila berjumpa selepas berjauhan, tiada benda remeh yang nak diperkatakan sebab kami saling menghargai masa bersama keluarga.

“Ibu saya pernah berkata kalau jumpa dekat-dekat pun boleh gaduh juga, jadi bosan. Tapi bila berjauhan ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

“Kekurangan dia sudah tentu akan rasa sedih, kami perlu bertahan tetapi demi rezeki kita cuma tawakkal saja pada tuhan. Kita perlu banyak berdoa,” kongsinya.

Disoal adakah terdapat perancangan bagi mereka berdua untuk berhijrah ke Singapura atau Malaysia, ini jawapan Amylea.

“Topik itu perkara pertama yang kami bual daripada awal kami kenal.

“Sebenarnya kami cuma mahukan yang terbaik buat hidup kami. Kalau ada peluang di Malaysia, maka disini lah. Begitu juga sebaliknya.

“Kami berdua pun fikir Malaysia dengan Singapura tidaklah jauh sangat. Walaupun dekat, banyak perkara yang berbeza.

“Kami juga masih dalam fasa saling mengenal diri masing-masing, ia ibarat kami baru bercinta,” ujarnya.

Untuk info, Amylea selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amylea Dedah Masih Terima Kritikan Soal Rupa Paras – “Rambut Pun Jadi Isu… Ada Yang Puji, Ada Yang Cakap Macam Hantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Hasil Karya Dapat Sambutan, Amylea Mahu Pertaruhkan Lagu Sendiri Di AJL Tahun Depan

ARTIKEL BERKAITAN:  Gara-Gara Hidup Solo & Tidak Ada Boyfriend, Amylea Azizan Pernah Dianggap Songsang… Kini Bahagia Bercinta Selepas Menikah

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Amylea Azizan Sah Bergelar Isteri Anggota Bomba Dari Singapura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Trending Fri, 11 Jun 2021

“Hospital Kekurangan Katil, Pesakit Covid-19 Terpaksa Duduk Di Lantai” – Sumbang RM90,000 Beli Katil Elektronik, Netizen Puji Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mendapat pujian netizen kerana budi baiknya menyumbangkan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19. Perkara terbabit didedahkan menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pegawai perubatan […]

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

Apa yang Azrel nak tapi belum dapat ni?

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

《L.O.V.E.》宣传之旅最终站!陈奕迅:我真的需要休息了

《L.O.V.E.》马来西亚宣传之旅为最终站!陈奕迅松口气直叹:“我真的需要休息了~”

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

error: Content is protected !!