Euforia Bola 2026
Selebriti By: Maya Basir January 4, 2024 @ 5:30pm

Sempat Sambut Ulang Tahun Bersama, Khai Bahar Kongsi Kejadian Sebelum Ibu Tersayang Menghembuskan Nafas Terakhir

Penyanyi Khai Bahar berkongsi tentang pemergian ibu tersayang, Rosnah Binti Mohamad yang telah meninggal dunia pada Selasa lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram, arwah ibu Khai meninggal dunia dalam keadaan yang tenang tanpa memberi sebarang tanda.

Meskipun terkilan tidak dapat melihat wajah buat kali terakhir, dia sempat menyambut ulang tahun ibunya pada seminggu yang lalu.

“Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan arwah mak saya. Rasa terkilan tak sempat tatap wajah mak kali terakhir. Baru minggu lepas balik jumpa dan sambut birthday mak, tak sangka mak dah tak ada.

“Even adik, kakak dan abang yang jaga mak hari-hari di rumah pun tak sangka mak akan pergi sekelip mata. Mak pergi dengan sangat tenang tanpa beri sebarang tanda-tanda,” katanya.

Sementara itu, Khai turut menceritakan semula kejadian sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir.

“Sebelum mak pergi, mak sempat minta air dekat kakak untuk kali terakhir. Lepas kakak bagi air, mak suruh letak atas meja nanti dia minum. Kakak naik ke atas tengok anak-anak, tak sampai 15 minit kakak turun dan nampak mak seolah-olah mak sedang tidur.

“Kakak cuba kejutkan mak bangun untuk minum, mak tak bergerak dan kakak cuba untuk kejutkan lagi berkali-kali masih tak bangun. Kakak panggil adik turun untuk bantu kejut mak, mak masih tak bangun dan tak bergerak, adik cuba pegang nadi mak, nadi mak tak berdenyut.

“Adik terus call ambulan dan bila dapat berita mak dah tak ada, terus adik call saya dan masa tu saya baru nak makan. Bila dapat tahu je mak dah tak ada, terus rasa dunia gelap gelita seolah-olah macam sedang bermimpi,” ujarnya.

Khai yang ketika itu berada di Langkawi, bergegas pulang dengan menaiki bot pada waktu malam.

“Kawan-kawan cuba tenangkan saya dan saya cuba sedaya upaya cari jalan untuk pulang ke Perlis dari Langkawi. Alhamdulillah Allah permudahkan semua.

“Dalam perjalanan naik boat, cuaca cantik sangat, bulan bintang terang, langit cerah. Hati rasa sayu seolah-olah mak sedang tunggu saya di rumah.

“Doakan kami semua kuat untuk hadapi dugaan ini. Minta jasa baik kalian semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat mak saya Rosnah Binti Mohamad,” tulisnya diakhiri dengan ayat ‘Sayang Mak’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Fikiran Saya Kosong” – Selamat Dikebumikan, Khai Bahar Masih Terkejut Ibu Dah Tiada… Terkilan Tak Dapat Tatap Wajah Kali Terakhir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Aug 2024
Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Featured Fri, 17 Jan 2025

“Cukuplah Buat Cerita!” – Netizen Lagakan Dengan Rita Rudaini, Zaquan Adha Bidas Pihak Tak Bertanggungjawab

Suami kepada aktres Ayu Raudhah itu berkongsi tangkap layar posting berkenaan

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘Tiket Dah Habis Dijual’- Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Scammer

Tolong jangan tertipu dengan scammer kerana tiket Siti Nurhaliza On Tour sudah habis dan hanya dijual di www.myticket.asia.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Demi SANGKAR, Zul Ariffin & Remy Ishak Sanggup…

Teaser filem Sangkar terbitan Primework Studio bakal ditayangkan bermula esok, 12/12 bermula 12 tengah hari esok! 

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!