Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 8, 2024 @ 9:24am

Anak Ain Edruce Diserang Sawan Gara-Gara Demam Panas – “Gugur Jantung Aku”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce berdepan dengan detik cemas selepas anaknya, Soraya dikhabarkan diserang sawan akibat demam panas, semalam.

Menurut Ain, perkara itu telah dimaklumkannya ketika menjalani sesi raptai Melodi bersama pelakon, Bell Ngasri.

“Cerita hari ini. Soraya dah demam tiga hari. Dalam 4 pagi tadi demam dia naik 40 dah bagi ubat pun tak surut-surut. Tapi dia macam penat sangat dia tidurlah. Aku pun tak nak kacau dia.

“Dalam pukul 10.30 pagi tadi dia bangun tidur macam happy dah hati aku pun tenang lah, aku makeup pergi Melodi tadi.

“So dah sampai set semua, dah rehearse dengan abang Bell Ngasri semua dapat call yang Soraya masuk hospital pastu aku try call Amirul balik, dia kata Soraya sawan.

“Gugur jantung aku. Dengan nak start Melodi nya. Tuhan je tau perasaan aku macam mana.Thank you team Melodi sebab faham situasi aku. And thanks abang Bell Ngasri jadi penyelamat Ain. Sorry semua tak dapat buat Melodi tadi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ain sempat berkongsi keadaan terkini anaknya yang kini semakin baik.

“Alhamdulillah, Soraya okay.. demam dia tadi check masih tinggi. Doakan dia sihat tau,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Ain sempat berkongsi footage rakaman CCTV dari rumahnya ketika Soraya diserang sawan.

Tambah Ain, anaknya itu tidak pernah mengalami sawan dan bersyukur suaminya, Amirul Hafiz cepat bertindak.

“Aku tengok video dia kat CCTV. Sedih aku benda ni jadi betul-betul lepas aku pergi kerja. Dia nangis aku tetiba tak ada rumah. Naik tinggi panas dia.

“Soraya tak pernah sawan. So aku tak tahu macam mana Amirul boleh handle situasi ni. Sorry Soraya, mummy tak ada time ni,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Hanya Bergurau, Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran ‘Janda’

Kak Lina Pom Pom memang seorang yang sangat ‘chill’!

Trending Mon, 11 Feb 2019
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Ara Nak Buang Sikap Baran

Saya mahu jadi lebih matang. Lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Dalam masa sama membuang jauh sikap baran. Baguslah kalau Ara dah berniat begitu…

Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

Events Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kami Saling Memerlukan, Iqbal Luah Rasa Terhadap Dato Vida?

Saya juga ingin lihat anak-anaknya (Cik B dan Kacak) jadi lebih hebat dan membalas jasa pertaruhan nyawa ibunya. Saya ingin lihat Dato Sri Vida tenang dan bahagia selamanya,” tulisnya penuh bermakna.

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

歌手们轮番上阵卖力演出!万人同欢迎接2019

《MY GOXUAN 2019够Fun槟城好玩倒数趴》歌手们轮番上阵卖力演出!逾1万4000人一起狂欢迎接2019~

error: Content is protected !!